Ingin Tamatkan Prejudis Agama, Ketua Mufti Dan Archbishop KL Adakan Sesi “Hati Ke Hati”
Semoga Tuhan merahmati kita semua.
Cover image via Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri/FacebookSatu pertemuan bersejarah telah berlangsung semalam diantara Mufti Wilayah Persekutuan, Ustaz Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dengan Ketua Biskop Kuala Lumpur, Julian Leow
Menerusi Facebook, Ustaz Dr Zulkifli merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kunjungan bersejarah Leow ke pejabatnya di Kuala Lumpur
Sementara itu, Presiden Global Unity Network, Shah Kirit memberitahu bahawa kedua-dua pemimpin agama itu begitu teruja dapat mengadakan perbualan "hati ke hati"
Ustaz Zulkifli bersama Presiden Global Unity Network, Shah Kirit.
Pada mulanya, Leow meminta untuk bertemu para imam masjid. Kemudian Shah mencadangkan supaya ketua biskop itu terus bertemu mufti, dan Leow bersetuju.
Sememangnya, prejudis dan syak wasangka antara agama tidak membawa manfaat kepada sesiapa pun.
Bukankah keharmonian seperti ini yang kita mahukan?
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
MOST READ

