Muezza Academy Sasar 100 Cawangan Dibuka Seluruh Malaysia Menjelang Hujung Tahun Ini
Dalam pada itu, aktres Diana Danielle dilantik sebagai ikon wajah Muezza.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Peminat sukan memanah kini sudah boleh mendapatkan peralatan memanah moden bertaraf antarabangsa apabila Muezza Archery Proshop secara rasmi telah dilancarkan pembukaannya baru-baru ini
Terletak di R-01-11, EMIRA, Seksyen 13 di Shah Alam, Selangor, proshop ini mencipta sejarah sebagai kedai milik bumiputera pertama yang menjual peralatan memanah dari jenama terkemuka dalam pasaran dunia.
Bukan sekadar menjual peralatan, proshop ini turut menjadi pusat sehenti bagi peralatan memanah bertaraf dunia, menampilkan jenama antarabangsa seperti Wiawis dan MK Archery, serta menawarkan akses kepada program pembangunan komuniti, program kejurulatihan dan aktiviti interaktif berkaitan memanah.
Majlis perasmian turut menyaksikan Muezza memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) antara Muezza Archery dan MK Archery Korea dalam menjalin kerjasama strategik antarabangsa, membuktikan kemampuan anak tempatan dalam membangunkan sukan ini. Perjanjian turut melibatkan inisiatif bersama dalam pembangunan fasiliti, latihan dan menyediakan keperluan peminat sukan memanah.

Ketua Pegawai Eksekutif Muezza Academy, Anas Izuan (baju merah) bersama wakil dari jenama MK Archery dan Wiawis dari Korea.
Image via Muezza Archery Academy"Proshop ini bukan sekadar menjual peralatan, tetapi juga menawarkan servis membaiki dan kelas latihan peribadi. Ia menjadi pelengkap kepada rangkaian kelas latihan memanah yang telah lama kita jalankan.
"Kini, kami mempunyai 84 cawangan akademi latihan di seluruh negara dengan lebih lima ribu pelajar dan dalam misi untuk mencapai 100 cawangan menjelang hujung tahun ini. Kita juga dalam perancangan untuk membuka cawangan proshop kedua dan ketiga untuk bahagian utara dan selatan di masa akan datang," ujar Ketua Pegawai Eksekutif Muezza Academy, Tuan Anas Izuan.
Pelantikan aktres Diana Danielle sebagai ikon wajah Muezza
Menurut Diana, beliau menyokong sukan memanah dan turut mendaftarkan anak beliau untuk mengikuti latihan khas bersama Muezza.

Muezza juga melihat peningkatan minat dalam kalangan selebriti, artis, dan pempengaruh media sosial terhadap sukan memanah. Ada antara mereka yang telah membeli peralatan daripada Muezza dan menggalakkan anak-anak mereka untuk menceburi sukan ini sebagai satu aktiviti yang bermakna dan membina fokus.
Bagi peminat sukan memanah di luar kawasan, anda masih boleh mendapatkan peralatan sukan bertaraf dunia ini secara dalam talian apabila Muezza turut melancarkan plartform e-dagang untuk memudahkan pelanggan dari seluruh negara mendapatkan akses kepada produk jualan dan servis mereka.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



