MS. READ & Sherry Al-Hadad Perkenal Koleksi Raya Berseri 2026 – “Ada Saiz UK12 Sampai UK24!”
Koleksi edisi terhad ini boleh didapati di semua butik MS. READ di seluruh negara dan secara dalam talian di msreadshop.com.
Cover image via MS. READFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Menjelang sambutan ulang tahun ke-30 pada tahun hadapan, jenama fesyen inklusif terkemuka, MS. READ, mengorak langkah berani dengan melancarkan koleksi sulung tahun ini, Raya Berseri 2026: Tradisi Dengan Jiwa Baharu
stimewanya, koleksi ini merupakan kolaborasi eksklusif bersama figura popular, Sherry Al-Hadad, yang dikenali sebagai ikon keyakinan tubuh badan (body positivity) di Malaysia. Kerjasama ini bukan sekadar tentang pakaian, malah sebuah refleksi terhadap evolusi semangat wanita moden yang menghargai warisan dalam acuan kontemporari.
Koleksi MS. READ x Sherry Al-Hadad mempertaruhkan 10 set kurung dan kebaya yang direka khusus untuk menyerlahkan keindahan wanita bersaiz UK12 hingga UK24. Fokus utama rekaan adalah pada siluet warisan yang diperkemas dengan proporsi moden agar tampak sofistikated namun tetap selesa.
"Kerjasama dengan Sherry terasa sangat semula jadi kerana beliau mencerminkan semangat yang kami perjuangkan sejak awal: inklusiviti melalui ekspresi diri," kata Ketua Pegawai Eksekutif MS. READ, Kristy Yong.

Ketua Pegawai Eksekutif MS. READ, Kristy Yong.
Image via MS. READKoleksi Raya Berseri 2026: Tradisi dengan jiwa baharu
Koleksi ini bermain dengan kontras tekstur yang memikat — gabungan satin lembut, renda (lace) berstruktur, dan fabrik jacquard seakan sutera. Antara tarikan utama termasuk:
- Palet Warna: Gabungan tona lembut seperti powder blue dan pastel, serta rona permata (jewel tones) yang berani seperti merah delima dan hijau zamrud.
- Rekaan Ikonik: Set Kebaya Lengan Volum Broked dan Kebaya Berselendang dengan kemasan renda perak halus menjadi antara "must-have" bagi musim ini.
- Perincian: Lapisan skirt asimetri yang menambah dimensi gaya tanpa kelihatan berlebihan.

Sherry Al-Hadad jadi wajah MS. READ sempena Koleksi Raya Berseri 2026.
Image via MS. READBagi Sherry Al-Hadad, koleksi ini adalah sesuatu yang cukup peribadi. Beliau yang sering tampil yakin di kaca televisyen menyifatkan busana dalam koleksi ini benar-benar memahami anatomi tubuh wanita sebenar.
"Koleksi ini sangat menggambarkan diri saya iaitu bergaya, yakin dan paling penting, ia benar-benar selesa. Personaliti kita harus menjadi teras utama apabila mengenakan busana," kongsi Sherry.
Koleksi edisi terhad ini boleh didapati di semua butik MS. READ di seluruh negara serta secara dalam talian di msreadshop.com dengan harga bermula RM489, RM529 sehingga RM589.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



