MRSM Balik Pulau Cipta Sejarah Juarai Kejohanan Super Schools Rugby 2025 Tewaskan Victoria Institution

Semua MRSM di seluruh negara turut diisytiharkan cuti pada Isnin, 28 Julai 2025 sebagai tanda penghargaan atas kejayaan MRSM Balik Pulau.

Enlarge text
Cover ImageCover image via MARA (Facebook)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Semua Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di seluruh negara cuti pada Isnin, 28 Julai 2025 sebagai tanda penghargaan atas kejayaan MRSM Balik Pulau menjuarai Kejohanan Super Schools Rugby 2025

Susulan kejayaan pasukan yang dikenali sebagai BP Cougars itu, Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengumumkan perkara itu di Facebook.

"Ya, MRSM BP turun sebagai 'underdog' pasukan bukan pilihan untuk berdepan dengan gergasi Rugby Sekolah-Sekolah Se-Malaysia, yang juga Juara beberapa kali Victoria Institution (VI) dalam Grand Final Super Schools Rugby (SSR) petang tadi.

"Sesungguhnya, kalian telah mengharumkan nama MARA dan MRSM. Kalian menjadi bukti betapa generasi Ulul-Albab yang ingin dibangunkan punya pakej holistik cemerlang akademik, cemerlang ko-kurikulum, cemerlang akhlak dan akal budi.

"Atas dasar kebersamaan, memetik tagline Ketua Pengarah MARA Dato' Zulfikri Osman 'We Are All Unified Entity', maka saya umumkan Cuti untuk semua MRSM seluruh Malaysia pada hari esok 28 Julai 2025," tulisnya.

SAYS.com
Image via MARA (Facebook)Image via

BP Cougars berdepan tekanan sebelum bangkit memenangi perlawanan

BP Cougars berdepan tekanan apabila VI terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi try oleh Indra Putra Sharulnizam, yang kemudiannya disempurnakan dengan conversion oleh Ummar Rayyan Mohd Sabri.

Namun, menjelang tamat separuh masa pertama, semangat juang kental yang ditampilkan BP Cougars membuahkan hasil apabila Muhammad Firdaus Zolkifli berjaya melakukan try, disusuli conversion kemas oleh Zaim Irsyaduddin Hezrey Fardhilla untuk menyamakan kedudukan.

Memasuki babak kedua, VI kembali mendahului perlawanan hasil dua sepakan penalti oleh Ummar Rayyan, menjadikan kedudukan 13-7 memihak kepada mereka. Ketika kemenangan dilihat hampir pasti milik VI, BP Cougars sekali lagi membuktikan keazaman mereka.

Muhammad Firdaus tampil sebagai wira apabila mencatat try kedua pasukan pada minit terakhir perlawanan, sebelum Aqil Zikry Abdul Malek dengan penuh ketenangan menyempurnakan conversion penting yang mengesahkan kemenangan dramatik 14-13.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: