MOMOYO Lancar DINO Series & Lagu Raya, Perkukuh Jenama Menerusi Kerjasama MOTAC

MOMOYO (yang membawa maksud More and More Young) kini mempunyai lebih 1,500 cawangan di seluruh Asia.

Enlarge text
Cover ImageCover image via MOMOYO Malaysia
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jenama minuman teh inovatif yang sedang berkembang pesat, MOMOYO, melakar kejayaan baharu melalui kerjasama strategik bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC)

Sinergi ini diraikan dalam majlis "Berbuka Puasa with MOMOYO" yang berlangsung di WFactory, Shah Alam, baru-baru ini. Majlis tersebut bukan sekadar pertemuan ukhuwah, malah menjadi platform pelancaran produk terbaharu, DINO Series, serta lagu tema Syawal bertajuk "Raya Lebih Cool".

Meneruskan identiti kreatifnya, MOMOYO memperkenalkan DINO Series yang diinspirasikan daripada elemen koko dan dinosaur. Siri ini menampilkan reka bentuk tear-cup yang unik dan interaktif, menyasarkan golongan muda yang bertenaga serta kreatif.

Kemeriahan majlis ditambah dengan pelancaran rasmi lagu "Raya Lebih Cool" hasil kolaborasi penyanyi berbakat, Layla Sania dan Ismail Izzani. Lagu ini telah mencetuskan fenomena di media sosial sehingga tanda pagar #MOMOYORayaLebihCool tular dan menjadi antara topik paling hangat diperkatakan musim ini.

"Kerjasama ini bukan sekadar mengenai minuman. Melalui produk yang kreatif, MOMOYO berharap dapat membawa lebih banyak kebahagiaan dan keceriaan kepada pelanggan kami," ujar Alex Tan, Pengurus Besar MOMOYO Malaysia.

SAYS.com
Image via MOMOYO Malaysia

Sasar 600 cawangan seluruh negara & peluang francais mampu milik

Sebagai tanda keprihatinan terhadap isu sosial, MOMOYO turut melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menyumbangkan RM1,888 kepada organisasi SHUT (Stop Human Trafficking). Sumbangan ini bertujuan menyokong usaha membanteras pemerdagangan manusia serta meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu keselamatan sejagat.

MOMOYO (yang membawa maksud More and More Young) kini mempunyai lebih 1,500 cawangan di seluruh Asia. Berpegang kepada prinsip "Real Food, Real Taste", jenama ini komited menyediakan teh buah segar (fresh fruit tea) yang autentik dan berkualiti tinggi.

Bagi mengukuhkan kedudukannya di pasaran tempatan, MOMOYO kini menyasarkan pembukaan sehingga 600 cawangan di seluruh Malaysia. Antara kategori produk utama yang ditawarkan termasuk:

  • Jumbo Series: Teh buah dan teh susu bersaiz 1 liter.
  • Fruit Tea & Ice Cream Series: Produk terlaris yang menjadi kegemaran ramai.
  • Milk Tea, Coffee Series & Fuji Smoothies.
SAYS.com
Image via MOMOYO Malaysia

Seiring dengan pelan pengembangan agresif ini, MOMOYO kini membuka peluang francais kepada usahawan tempatan. Dengan kos permulaan yang mampu milik, MOMOYO menyediakan sokongan menyeluruh merangkumi:

  1. Latihan Profesional: Pengetahuan produk, penyediaan, dan pengurusan operasi kedai mengikut standard antarabangsa.
  2. Sokongan Pemasaran: Perancangan pemasaran setempat dan pelaksanaan promosi bahagian hadapan kedai.
  3. Inovasi Berterusan: Penyelidikan (R&D) bagi menjamin kualiti dan nilai produk yang unggul.


Orang ramai yang berminat untuk menyertai keluarga besar MOMOYO boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai peluang perniagaan ini melalui platform rasmi mereka.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
MOST READ
0

Category of interest

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: