Model Pembelajaran WEL Berhasil, 70 Peratus Graduan IUC Terus Diserap Ke Pasaran Kerja
Istiadat Konvokesyen IUC Ke-11 rai 528 graduan, bukti keberkesanan pendidikan berteraskan pengalaman kerja dan industri.
Cover image via Innovative International CollegeFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Innovative University College (IUC) terus mengukuhkan reputasinya sebagai institusi pendidikan tinggi berteraskan industri apabila mencatatkan kadar kebolehpasaran yang memberangsangkan
Sebanyak 70 peratus graduannya dilaporkan berjaya memperoleh pekerjaan sejurus tamat pengajian, hasil keberkesanan pendekatan Work Experience Learning (WEL).
Pengasas merangkap Ahli Lembaga Pengarah IUC, Shahawati Umar, menyatakan bahawa kejayaan graduan menembusi pasaran kerja dalam tempoh singkat membuktikan model pembelajaran berasaskan pengalaman kerja sebenar berada di landasan yang tepat.
"Pendekatan WEL memberi pendedahan kepada dunia kerja sebenar kepada pelajar sejak awal semester pengajian lagi. Ia membantu mereka menjadi lebih bersedia, yakin, serta memenuhi kriteria yang diperlukan pihak industri sebaik sahaja tamat belajar," jelas beliau.

Kejayaan ini turut didorong oleh kepimpinan strategik dan ekosistem industri yang kukuh. Shahawati turut merakamkan penghargaan atas sokongan Pengerusi Eksekutif Innovative Capital Berhad, Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman, yang sentiasa menekankan pembangunan bakat berteraskan kebolehpasaran, nilai kepimpinan, serta pemikiran keusahawanan.
IUC komited untuk tidak hanya menumpukan kepada pencapaian akademik semata-mata, sebaliknya mengimbangi kemahiran praktikal dan sikap profesional bagi memastikan graduan sentiasa relevan dengan kehendak pasaran semasa.
Seramai 528 graduan menerima skrol masing-masing di Istiadat Konvokesyen IUC ke-11

Pencapaian memberangsangkan ini diraikan dalam Istiadat Konvokesyen IUC ke-11 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Majlis tersebut menyaksikan seramai 528 graduan daripada pelbagai program diploma dan sijil menerima skrol masing-masing.
Istiadat tersebut disempurnakan oleh Canselor IUC, Kepten (R) Profesor Emeritus Datuk Dr. Hashim Yaacob. Antara sorotan utama majlis termasuk:
- Anugerah Canselor: Dianugerahkan kepada Mohamad Azlie bin Jamil, graduan Diploma Pengurusan Haji dan Umrah, atas kecemerlangan akademik dan kepimpinan beliau.
- Anugerah Kecemerlangan Industri: Pengiktirafan kepada rakan industri yang menyokong pelaksanaan program WEL dan meningkatkan kebolehpasaran pelajar.
- Pelantikan Akademik: Majlis turut menyaksikan pelantikan beberapa Profesor dan Profesor Madya baharu bagi memperkukuh kepimpinan ilmiah universiti.
Sebagai universiti korporat yang menjuarai pembelajaran berasaskan pengalaman kerja, IUC terus komited melahirkan tenaga kerja kompeten yang mampu menyumbang secara langsung kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



