Mobile Legends Bakal Dimasukkan Dalam Silibus & Kokurikulum Sekolah Di Surabaya, Indonesia

Menarik inisiatif dari negara jiran sebelah.

Cover ImageCover image via The Star & Antara Jatim

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Permainan video Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) dalam perancangan untuk dimasukkan sebagai antara program kokurikulum sekolah di Surabaya

Menerusi laporan KOMPAS.com, Ketua Bahagian Guru dan Kakitangan Pendidikan, Pejabat Pendidikan Kota Surabaya, Tri Endang Kustianingsih berkata program e-sport yang berkemungkinan besar dimasukkan ke dalam kokurikulum sekolah-sekolah di daerah itu ialah MLBB.

"Ini adalah pembelajaran yang mendidik, menyeronokkan dan berbeza daripada kaedah lain. Sekolah mesti beradaptasi dengan perkara ini kerana kurikulum baharu juga akan merangkumi AI dan pengekodan," katanya.

Tri Endang Kustianingsih berkata, walaupun pada masa ini tiada data rasmi berhubung e-sport sebagai aktiviti kokurikulum, beberapa sekolah telah mula memperkenalkan program pengekodan dan beberapa guru turut mendapat latihan daripada Moonton Games, syarikat permainan video MLBB.

Justeru, beliau berharap dengan adanya aktiviti ini, guru-guru di Surabaya akan melaksanakan strategi pembelajaran baharu termasuk memperkenalkan permainan video berteraskan pendidikan kepada pelajar.

Image via Harian Disway

Dijangka akan dilaksanakan pada penggal pembelajaran yang seterusnya

Tambah Tri, permainan video boleh ditambah dalam kurikulum kerana ia juga boleh menjadi suatu kaedah pendidikan kepada pelajar.

"Sasarannya mungkin penggal persekolahan yang baru nanti, kerana guru-guru telah dilatih jadi mereka juga boleh mencipta strategi pembelajaran baru. Jadi di dalamnya, kita juga harus tahu bahawa ada pembelajaran pendidikan, apakah permainan video boleh mendidik yang ada, yang kemudiannya akan dititikberatkan kepada guru, kepada para pelajar," katanya.

Beliau menegaskan, Pemerintah Kota Surabaya menyokong penuh kehadiran program baharu ini, kerana pendidikan bukan sahaja diperoleh daripada akademik tetapi juga nilai-nilai yang ada menerusi permainan video.

Perkara ini disampaikan apabila Moonton Games mengadakan program "Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Teacher Ambassador" sebagai sebahagian daripada komitmen mereka untuk mewujudkan persekitaran luar bilik darjah yang sihat dan mendidik melalui peranan guru di sekolah-sekolah Surabaya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: