"Minta Maaf, Saya Cuma Mahu Selamatkan Semua" – Luahan Pemandu Bas UPSI
Pemandu itu memaklumkan dia terpaksa menjerit selepas mendapati brek kenderaan tersebut tidak berfungsi.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pemandu bas yang terlibat dalam nahas yang mengorbankan seramai 15 pelajar Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Jeli-Gerik, Perak memberitahu dia terpaksa menjerit selepas mendapati brek kenderaan tersebut tidak berfungsi
Menurut laporan Kosmo, pemandu bas bernama Mohd. Amirul Fadhil Zulkifle, 39 tahun itu berkata, dia bukannya marah dengan situasi tersebut, sebaliknya menjerit sekadar untuk memberi peringatan kepada penumpangnya selepas mendapati kegagalan fungsi brek.
"Saya sebenarnya bukan marah, tetapi menjerit 'brek' untuk memberi peringatan kepada penumpang yang kebanyakannya sedang tidur di dalam bas," katanya.
Mahu cuba selamatkan keadaan tapi tidak terdaya
Sementara itu, dia juga memberitahu sudah cuba menyelamatkan semua orang tetapi brek tidak berfungsi menyebabkan ia terbabas.
"Ikhlas daripada hati, saya memohon maaf kepada keluarga dan mangsa yang terlibat dalam nahas itu. Saya sudah cuba untuk menyelamatkan keadaan, tetapi brek sudah kosong dan tidak berfungsi," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan, salah seorang mangsa yang terselamat dalam nahas itu mendakwa, sebelum kejadian berlaku, dia terdengar bunyi bising dari arah tempat pemandu dan melihat lelaki tersebut seperti sedang marah.
Menurutnya, beberapa penumpang yang tidak ada menjenguk bagi mengetahui apa yang berlaku sebelum bas tersebut bergerak dalam keadaan terhuyung-hayang dan terbabas.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via