Miliki Kad Debit OCBC Stitch Edisi Terhad Yang Comel Hari Ini Sementara Stok Masih Ada!

Anda juga berpeluang memenangi percutian ke Hawaii bernilai lebih daripada RM60,000!

Cover ImageCover image via OCBC Bank

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Artikel ini ditaja oleh OCBC Bank.

OCBC berkolaborasi dengan Disney membawa tawaran menarik bagi perbankan harian anda melalui Disney's Lilo & Stitch!

Sempena tayangan filem baharu Disney's Lilo & Stitch kini di pawagam, kempen Disney's Lilo & Stitch Save and Spend terbaru daripada OCBC akan memberi anda peluang untuk memenangi lawatan ke Hawaii bernilai lebih daripada RM60,000, langganan Disney+ Hotstar bernilai RM289.90 dan hadiah barangan bertemakan Stitch!

Kempen akan berjalan bermula sekarang sehingga 31 Julai ini. Berikut di bawah antara perkara yang menarik anda dapat jika menyertai kempen ini:

1. Dapatkan Kad Debit OCBC Stitch Edisi Terhad serta pin Stitch eksklusif apabila anda membuka Akaun OCBC 360/-i di mana-mana cawangan di seluruh negara

Salah satu yang menjadi tarikan dalam kempen ini ialah kad Debit OCBC Stitch Edisi Terhad, tersedia secara eksklusif dengan pembukaan Akaun OCBC 360/-i baharu.

Akaun OCBC 360/-i memberikan ganjaran dengan kadar faedah/keuntungan tinggi pada simpanan anda yang dibayar bulanan tanpa tempoh kunci apabila anda melakukan aktiviti perbankan harian.

Apa yang anda boleh lakukan bagi mendapatkan kad debit edisi terhad ini adalah dengan hanya membuka Akaun OCBC 360/-i baharu di mana-mana cawangan OCBC di seluruh negara.

Bukan itu sahaja, ini antara ganjaran yang anda akan dapat apabila anda memohon di cawangan:

  • Ganjaran tunai Tunai Selamat Datang sebanyak RM30 (dalam talian sahaja)
  • Pin Stitch eksklusif (cawangan sahaja)
  • Ganjaran Sehingga RM45 "Touch 'n Go eWallet Reload PIN" apabila anda mendeposit, membayar dan berbelanja setiap bulan selama 3 bulan berturut-turut selepas pembukaan akaun.

Jika anda lebih suka memohon secara dalam talian, anda boleh membuka Akaun OCBC 360/-i anda melalui aplikasi OCBC Malaysia Mobile Banking dan masih boleh memiliki kad debit edisi terhad dan ganjaran (pin Stitch eksklusif tidak termasuk).

Nota: Kad Debit OCBC Stitch tidak tersedia di Cawangan OCBC Al-Amin.

Image via OCBC Bank

2. Anda berpeluang memenangi percutian ke Hawaii untuk dua orang bernilai lebih RM60,000 apabila anda berbelanja dan menyimpan dengan OCBC

Image via OCBC Bank

OCBC menyediakan tiga hadiah utama ke Kauai, Hawaii bernilai lebih RM60,000 setiap satu, di mana pemenang masing-masing akan memenangi perjalanan untuk dua orang ke Kauai, Hawaii, sebuah pulau dengan pemandangan menakjubkan yang memberi inspirasi kepada Disney's Lilo and Stitch.

Terokai lokasi penggambaran ikonik, pantai tersembunyi dan nikmati penginapan lima malam di resort mewah berhadapan pantai, dengan penerbangan dan penginapan ditaja sepenuhnya!

Selain daripada hadiah utama, anda juga berpeluang menjadi salah seorang daripada 500 yang lain untuk mendapatkan langganan Disney+ Hotstar Premium Annual Plan (bernilai RM289.90). Apa yang anda perlu buat hanyalah menggunakan bank seperti biasa!

Dapatkan peluang penyertaan dengan selesaikan transaksi mudah seperti:

  • Deposit RM5,000 ke dalam Akaun OCBC 360/-i baharu (10 peluang)
  • Dapatkan kelulusan untuk Kad Kredit OCBC baharu (10 peluang)
  • Lakukan kedua-duanya (10 peluang bonus)
  • Belanja RM500 dalam satu resit menggunakan kad debit atau kredit OCBC (5 peluang)

Lebih banyak yang anda lakukan, lebih baik peluang anda. Selain itu, anda boleh banyakkan peluang penyertaan dengan mencampur dan memadankan mana-mana transaksi di atas.

Daftar sekarang untuk menyertai kempen ini!

3. Dapatkan beg eksklusif Disney's Stitch khas apabila anda menjadi salah seorang daripada 2,000 yang pertama membuka akaun di cawangan OCBC Bank

2,000 orang yang pertama membuka Akaun 360/-i secara fizikal di cawangan OCBC, mendepositkan sekurang-kurangnya RM5,000 dalam dana baharu, dan memohon kad kredit OCBC baharu dengan dokumentasi penuh akan menerima beg sandang bertemakan Stitch.

Jadi jika anda mahukan lebih lagi barangan eksklusif Stitch, inilah peluang anda. Kuantiti yang disediakan adalah terhad, siapa cepat dia dapat!

Image via OCBC Bank

Untuk maklumat lanjut berkenaan tawaran OCBC Bank 'Spend anda Save' ini, tekan sahaja di SINI!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Read more trending stories on SAYS