Mikrofon Rafizi Ramli Dirampas Ketika Berucap Tentang GST Di UIAM. Salah Siapa?
Difahamkan, program yang dianjurkan ini telahpun mendapat kelulusan.
Cover image via SAYS.comSatu insiden kecoh telah berlaku malam tadi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) apabila mikrofon Rafizi Ramli dirampas oleh pengawal sekuriti ketika beliau sedang memberi ucapan tentang GST
Suasana terus menjadi gamat dan difahamkan telah berlaku pergelutan kecil sejurus mikrofon beliau dirampas. Saksikan video pendek di bawah:
Untuk makluman, Rafizi Ramli dijemput hadir untuk memberi ucapan dalam forum 'GST: Between Economic Growth and Social Justice' bersama Lokman Adam yang dianjurkan oleh Students' Representative Council (SRC) IIUM
Image via twitter.com
Pada mulanya forum ini tidak mendapat persetujuan daripada pihak Rektor universiti. Tetapi SRC tetap teguh dengan pendirian mereka untuk meneruskannya. Baca status penuh dari Presiden SRC IIUM, saudara Hanif Mahpa:
Menerusi tweet Rafizi Ramli pula, kedatangan beliau tidak dialu-alukan malah beliau juga disekat, dihalang, dan tidak dibenarkan masuk ke dalam universiti. Bagaimanapun, para pelajar berjaya juga "menyeludup" masuk Rafizi selepas itu.
Namun begitu, selang beberapa minit berceramah tentang GST, insiden ini berlaku:
Beginilah kisah penuh insiden tersebut berdasarkan satu sumber dari Facebook:
*Rafizi sampai agak lambat (faham2 la nak seludup bukan senang). Maka majlis dimulakan dulu oleh saudara Lokman menerangkan serba sedikit ttg GST. Entah betul entah tidak..selama 15minit.
Guard UIA kelihatan di setiap sudut namun tidak menimbulkan sebarang provokasi.
Kemudian Rafizi sampai disambut dgn sorakan semua students yang hadir. Beliau mengambil tempat ahli panel. Guard UIA kelihatan sedikit resah dgn kehadiran beliau. Kemudian akhirnya kelihatan seorang wakil security bercakap dgn wakil SRC di belakang. Suasana sedikit tegang.
Akhirnya seorang security datang ke saudara Lokman dan meminta memberhentikan ucapan. Suasana semakin tegang. Student2 telah mula bersorak meminta security jgn masuk campur.
Akhirnya setelah didesak, wakil security tersebut mengumumkan telah menerima arahan atasan, bahawa hanya PENCERAMAH KERAJAAN SAHAJA DIBENARKAN BERUCAP. Disambut dgn boo oleh semua yang hadir.
Lalu saudara Lokman (of kos la kerajaan) memberi cadangan bahawa kedua2 mereka tidak bercakap supaya adil.
Lalu saudara Rafizi mengambil mikrofon dan berkata.
"Hai.. Org kerajaan dh bercakap 15minit. Takkan saya tak boleh bercakap langsung."
Disambut sorakan org ramai.
Lalu pihak SRC meminta security membenarkan Rafizi berucap sebentar. Guard kelihatan amat resah dan seorang daripadanya merakam setiap butir percakapan rafizi.
Selang 8-9 minit berucap.. Kelihatan seorang security datang ke tengah dgn wajah garang, mendekati saudara Rafizi.
Dan !! Beliau merampas mikrofon dipegang Rafizi dgn kasar..lalu bermulalah rusuhan org ramai.. Bersorak membantah tindakan kebudak budakan security tersebut sebelum saudara Rafizi sempat berkata dgn lantang "mana adab di depan pelajar pelajar."Kelihatan suasana amat tegang, diiringi boo dan sorakan dari hadirin yang hadir. Semua amat berang kerana majlis diganggu security UIA yang menerima arahan org atas yang bimbang periuk nasi mereka terjejas.
Kata security,
"Saya hanya menyampaikan dari top management kepada ketua saya untuk sampaikan, yang wakil kerajaan boleh berucap.. tetapi saudara Rafizi tidak boleh."
Student melaung beramai-ramai bertanya,
"ARAHAN SIAPA??"
"Ketua saya Superitendan Razali"
"SIAPA TOP MANAGEMENT?"
"Kamu sendiri tahu siapa top management.."
Itu sebelum tiba-tiba datang 3 orang security, seorang daripadanya memeluk rafizi dengan lengannya, kemudian merampas microfon dengan sangat kasar dan biadap di hadapan semua student.
Akhirnya setelah beberapa siri ala2 rusuhan, Presiden SRC berucap meminta semua bertenang dan bersurai namun berjanji akan tetap memperjuangkan kebebasan berakademik di UIA.*
Apa komen orang ramai? Masing-masing menganggap perkara itu tidak sepatutnya berlaku dan amat memalukan, lebih-lebih lagi apabila program yang dijalankan ini telahpun mendapat kelulusan.
Image via Facebook Sukan Star TV
Persoalannya, adakah Rafizi tidak layak untuk memberi penerangan tentang GST sehingga mikrofon terpaksa dirampas? Nampaknya begitulah tanggapan Rafizi sendiri terhadap dirinya.
Rafizi juga tidak melepaskan peluang berterima kasih serta memuji semangat yang ditunjukkan para pelajar UIAM yang sanggup bersusah payah membawanya masuk, dan berani berdiri menegakkan kebenaran
Apa pula kata Lokman Adam? Menurutnya, kedua-dua ahli panel diberi tempoh masa berucap sama rata iaitu selama 10 minit. Tetapi Rafizi enggan menamatkan ucapannya walaupun setelah pengawal memintanya berhenti.
Pihak SRC IIUM berasa kesal atas insiden berkenaan. Walau bagaimanapun, mereka akan tetap memperjuangkan kebebasan bersuara, kebebasan memberi dan mendengar pendapat, dan kebebasan akademik di UIAM di masa akan datang.
Dalam pada itu, Rafizi berkata Rektor UIAM, Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin lebih baik letak jawatan dan sertai UMNO jika tidak tahu menghormati ilmu dan kebebasan berfikir
Image via themalaysianinsider.com

