MHS Gold Lancar Aplikasi Emas Digital Interaktif, Miliki Aset Sebenar Dengan Simpanan Serendah RM10
Selebriti popular, Yana Samsudin turut diumumkan sebagai duta rasmi MHS Gold.
Cover image via MHS Gold (Facebook)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Syarikat penyedia aplikasi emas digital, MHS Gold, secara rasmi melancarkan aplikasi emas digital terbaharu yang direka khusus untuk memudahkan masyarakat membeli dan mengurus aset berharga itu secara dalam talian
Menggunakan pendekatan interaktif dan mesra pengguna, aplikasi ini kini boleh dimuat turun menerusi Apple App Store dan Google Play Store.
Keistimewaan aplikasi ini terletak pada sistem sandaran asetnya, di mana setiap gram emas digital yang dibeli adalah disandarkan sepenuhnya kepada emas fizikal yang disimpan secara selamat.
Ini memberikan jaminan kepada pengguna bahawa pelaburan mereka mempunyai nilai sandaran aset sebenar yang boleh ditebus kepada bentuk fizikal pada bila-bila masa.

MHS Gold komited untuk menjadikan pemilikan emas lebih inklusif dengan menawarkan harga belian serendah RM10. Inisiatif ini membolehkan pelbagai lapisan masyarakat, terutamanya golongan muda dan mereka yang baru mula menyimpan, untuk membina pegangan emas secara berperingkat tanpa memerlukan modal yang besar.
Pengasas MHS Gold, Mohamad Hifzhan Saifuddin, menjelaskan bahawa fokus utama aplikasi ini adalah untuk memberikan pengalaman pengguna yang ringkas dan menyeronokkan.
"Kami ingin memudahkan akses supaya lebih ramai orang boleh memiliki emas tanpa bebanan kewangan yang besar. Apabila proses simpanan menjadi mudah dan konsisten, ia secara tidak langsung membantu pengguna membina disiplin simpanan untuk jangka masa panjang," ujar beliau.
Pelantikan Yana Samsudin sebagai duta rasmi syarikat
Dalam pada itu, majlis pelancaran yang berlangsung tersebut turut mencuri perhatian ramai apabila MHS Gold mengumumkan selebriti popular, Yana Samsudin, sebagai duta rasmi syarikat.
Pemilihan figura terkenal itu dilihat bertepatan dengan imej beliau yang positif, profesional dan sangat dekat dengan hati masyarakat. Mohamad Hifzhan berkata, pelantikan Yana dibuat berdasarkan personaliti beliau yang matang, dikenali ramai, serta mempunyai reputasi cemerlang dalam kedua-dua industri hiburan dan perniagaan.
"Kehadiran Yana Samsudin sebagai duta rasmi dijangka mampu membantu memperluaskan lagi kesedaran masyarakat terhadap kepentingan simpanan emas. Pelantikan ini juga merupakan strategi pemasaran utama kami dalam memperkukuhkan jenama serta menarik lebih ramai pengguna baharu ke platform MHS Gold," ujarnya.

Jelas beliau lagi, aplikasi ini bukan sekadar platform jual beli, malah dilengkapi fungsi penetapan sasaran peribadi. Pengguna boleh memantau perkembangan simpanan mereka dengan lebih tersusun, menjadikannya sebuah alat pengurusan kewangan digital yang lengkap.
MHS Gold turut menetapkan sasaran tinggi untuk mencapai 1 juta pengguna aktif dan melahirkan 10,000 ejen profesional bagi memperluaskan lagi akses pemilikan emas di seluruh Malaysia. Syarikat juga memberi jaminan bahawa pembangunan aplikasi ini mematuhi sepenuhnya garis panduan operasi yang ditetapkan bagi memastikan keselamatan dana dan data pengguna terpelihara.
Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook MHS Gold atau ikuti perkembangan terkini di akaun TikTok rasmi mereka.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



