#MH370: 10 Fakta Tentang Penemuan Serpihan Pesawat Misteri Di Pulau La Reunion
Serpihan misteri yang ditemui di Pulau La Reunion di kawasan perairan Madagascar pada Rabu mungkin milik pesawat MH370.
Cover image via www.foxnews.com[TERKINI] Najib sahkan serpihan yang ditemui adalah milik pesawat MH370
Image via www.cbc.ca
Image via www.bbc.com
5 Ogos 2015, 3.00PM: Lebih banyak serpihan ditemui seperti tingkap pesawat…atau mesin jahit?
3 Ogos 2015, 9.00PM: Cebisan terbaru yang ditemui tidak ada kaitan dengan pesawat MH370
2 Ogos 2015, 7.00PM: Seorang pembersih pantai pernah menjumpai kerusi berwarna biru tiga bulan lalu
31 Julai 2015, 7.00PM: Sah! Serpihan 'flaperon' yang ditemui adalah milik pesawat Boeing 777
"Ya, MAS (Malaysia Airlines) memberitahu saya bahawa beberapa bahagian di flaperon adalah dari [Boeing 777](http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/07/31/MH370-deputy-transport-minister-confirms-debris-from-boeing-777/), tetapi ia tidak bermakna bahawa ia milik MH370. Ini membuktikan bahawa flaperon itu tergolong dalam (Boeing) 777," kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi.
"Saya percaya kita hampir menyelesaikan misteri [MH370](http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/plane-debris-is-from-boeing-777). Ini boleh menjadi bukti yang meyakinkan bahawa MH370 terhempas di Lautan Hindi," kata Aziz lagi.
Image via www.mirror.co.uk
31 Julai 2015, 5.00PM: Botol air China dan produk pencuci Indonesia ditemui selepas serpihan
[Botol dan kanister](http://www.scmp.com/news/asia/southeast-asia/article/1845475/chinese-water-bottle-indonesian-canister-wash-reunion) ditemui selepas warga tempatan menemui beg pakaian remuk di Saint-Andre, tempat yang sama di mana kepak sayap ditemui.
Kebanyakan mereka di atas pesawat Malaysia Airlines yang hilang pada Mac lalu adalah warga China, menambah lagi spekulasi kepak sayap yang ditemui itu milik pesawat MH370.
Walau bagaimanapun, imej itu menunjukkan botol tersebut [luntur](http://www.dailymail.co.uk/news/article-3180957/Chinese-water-bottle-Indonesian-cleaning-product-wash-Indian-Ocean-island-MH370-debris-wing-flap-set-flown-France-analysis.html) warna dengan sangat sedikit, menjadikan orang ramai musykil sama ada ia boleh dikaitkan dengan pesawat Boeing 777 tersebut atau tidak.
Image via www.eturbonews.com
30 Julai 2015, 6.00PM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai isu ini
**Baca kenyataan penuh di bawah**:
30 Julai 2015, 2.30PM: Beg pakaian ditemui. mungkinkah milik penumpang pesawat MH370?
30 Julai 2015, 1.30PM: Sekeping serpihan kapal terbang dijumpai terdampar di pulau La Reunion, di Lautan Hindi pada Rabu, mencetuskan spekulasi ia mungkin sebahagian daripada pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370:
1. Serpihan sepanjang 2 meter itu ditemui di kawasan kepulauan La Reunion oleh "orang bersih pantai" yang terletak 6,000 kilometer sebelah barat dari kawasan pencarian MH370 di Lautan Hindi sebelum ini
Image via www.cbc.ca
2. Menurut sumber, serpihan yang ditemui itu mirip bahagian pesawat Boeing 777, model yang sama dengan pesawat MH370
Serpihan ditemui di barat Lautan Hindi barat itu dikatakan mirip sebahagian daripada sebuah pesawat [Boeing 777](http://edition.cnn.com/2015/07/29/africa/mh370-debris-investigation/), model yang sama dengan pesawat MH370 yang hilang pada tahun 2014, menurut sumber yang rapat dengan penyiasatan.
Sumber itu berkata terdapat unsur unik untuk flaperon Boeing 777, satu komponen sayap, yang pemerhati Boeing percaya dapat dilihat dalam foto.
Pegawai Boeing menjalankan penilaian awal daripada serpihan yang ditemui menggunakan gambar-gambar. Sumber itu menegaskan pemerhatian baru di peringkat permulaan.
Image via globalnews.ca
3. Terdapat satu set data bertulis B670 terpampang pada cebisan pesawat yang ditemui. Menurut pakar, data ini bakal merungkaikan misteri tentang dari mana sebenarnya serpihan itu datang.
Satu set nombor siri bertulis [B670](http://www.smh.com.au/world/number-bb670-on-reunion-island-debris-is-key-to-unlocking-mh370-mystery-20150730-gink53.html) didapati terpampang pada bahagian sayap yang ditemui itu. Ini boleh dijadikan petunjuk penting yang akan membolehkan pihak berkuasa untuk mengesahkan dengan cepat sama ada ia adalah sebahagian daripada pesawat MH370 atau tidak.
Bekas penyiasat Biro Keselamatan Pengangkutan AS, Greg Feith berkata setiap pengeluar meletakkan tag data pada tiap-tiap bahagian di pesawat, termasuk skru. Ia boleh menjadi nombor bahagian, nombor siri, kod bar, atau maklumat lain.
"Dengan adanya tag data, ia akan memudahkan kerja pemadanan sekaligus mengenal pasti jenis pesawat," ujar Feith
Martin Dolan, Ketua Pesuruhjaya Biro Keselamatan Pengangkutan Australia yang telah menyelaraskan usaha pencarian pesawat MH370 di luar pantai Australia Barat, berkata data itu dapat dikenal pasti "mungkin dalam masa 24 jam".
Image via www.foxnews.com
4. Serpihan itu juga dilaporkan mungkin telah berada di lautan selama lebih setahun kerana diselaputi kulit kerang, menguatkan lagi kemungkinan bahawa ia adalah milik pesawat MH370
Image via www.ibtimes.co.uk
5. Susulan dari penemuan misteri ini, Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai segera menghantar satu pasukan dari Malaysia untuk pergi menyiasat dengan lebih lanjut
"Apa sahaja cebisan yang ditemui perlu mendapat pengesahan terlebih dahulu sebelum kami boleh umumkan bahawa ia adalah milik MH370. Kami telah menghantar satu pasukan untuk menyiasat isu ini dan kami berharap kita boleh mengenal pastinya secepat mungkin," kata [Tiong Lai](http://edition.cnn.com/2015/07/29/africa/mh370-debris-investigation/).
Image via www.todayonline.com
6. Walau bagaimanapun, masih terlalu awal untuk membuat sebarang konklusi kerana pengesahan lanjut belum lagi dikeluarkan secara rasmi. Ia bakal mengambil masa beberapa hari untuk disiasat.
Masih terlalu awal untuk memberitahu sama ada serpihan yang dijumpai di Pulau La Reunion itu boleh menjadi sebahagian daripada bangkai pesawat MH370, yang hilang di perairan Malaysia pada bulan Mac 2014.
"Orang ramai membuat spekulasi lebih awal terhadap perkara ini," kata [Eric Chesneau](http://www.cbc.ca/news/world/mh370-search-too-early-to-tell-whether-debris-on-r%C3%A9union-island-is-part-of-missing-jet-1.3172431), seorang pegawai polis pengangkutan udara daripada wilayah Perancis Lautan Hindi, sebagai tindak balas kepada spekulasi di media sosial. "Ia hanya serpihan kapal terbang, tetapi kita tidak tahu lagi bahagian itu milik pesawat mana."
Namun begitu, seorang pegawai Amerika Syarikat yang tidak dinamakan memberitahu, penyiasat keselamatan udara, termasuk dari Boeing, mempunyai "tahap keyakinan yang tinggi" bahawa serpihan itu adalah salah satu komponen unik sayap kepada jenis pesawat Boeing 777.
Image via www.dailymail.co.uk
7. Sementara itu juga, terdapat dua insiden kemalangan pesawat yang direkodkan sebelum MH370 di kawasan perairan berhampiran pulau La Reunion iaitu pada 2006 dan 2009
Kemalangan yang paling baru berlaku berhampiran Pulau [La Reunion](http://www.cbc.ca/news/world/mh370-search-too-early-to-tell-whether-debris-on-r%C3%A9union-island-is-part-of-missing-jet-1.3172431) ialah pada 5 Mei 2006, apabila sebuah pesawat enjin berkembar terhempas ke dalam laut di seberang Lapangan Terbang Pierrefonds di pantai barat daya pulau ini.
Satu lagi ialah pada tahun 2009 membabitkan kemalangan pesawat Yemenia 626, yang terhempas ketika sedang mendarat di Comoros, sebuah kepulauan di luar pantai barat laut Madagascar.
Gerard Feldzer, bekas juruterbang Air France, berpendapat adalah mustahil untuk memberi kata muktamad berdasarkan gambar yang diterima. Menurutnya, analisis perlu dilakukan pada logam dan cat untuk menentukan umur dan lain-lain butiran pesawat.
Image via www.telegraph.co.uk
8. Serpihan itu dilaporkan telah dibawa ke Perancis dan pasukan penyiasat telah mula melakukan kerja-kerja forensik.
Image via indiatoday.intoday.in
9. Malaysia Airlines (MAS) kini bekerjasama dengan pihak berkuasa terlibat bagi memastikan laporan mengenai penemuan ini. Mereka kini sedang menunggu pengesahan dari pihak forensik.
Image via www.theguardian.com
10. Jika benarlah serpihan ini milik pesawat MH370, ia akan menjadi petanda pertama sejak kehilangannya pada Mac 2014
Image via www.lowyat.net

