MetMalaysia Keluarkan Nasihat Ribut Tropika, Orang Ramai Diminta Berwaspada

Keadaan ini berpotensi menyebabkan angin kencang, laut bergelora dan risiko kepada bot kecil.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan satu nasihat ribut tropika yang dikesan pada jam 11 pagi, sekali gus menarik perhatian ramai terutama di kawasan utara Semenanjung

SAYS.com
Image via Berita Harian

Menurut kenyataan MetMalaysia di Facebook, ribut tropika itu berada di latitud 4.5° Utara dan longitud 97.9° Timur, kira-kira 309km ke Tenggara Banda Acheh, Indonesia dan 284km ke Barat Daya Georgetown, Pulau Pinang.

Difahamkan, ribut ini sedang bergerak ke arah barat daya dengan kelajuan sekitar 9 km/j, bersama kelajuan angin maksimum yang boleh mencecah 83 km/j.

Boleh jejaskan perairan laut China Selatan

Walaupun pusat ribut berada agak jauh dari kawasan daratan Malaysia, MetMalaysia menjelaskan bahawa keadaan ini berpotensi menyebabkan:

  • Angin kencang
  • Laut bergelora
  • Risiko kepada bot kecil & aktiviti perikanan di beberapa kawasan perairan
SAYS.com
Image via Malaysian Meteorological Department (Facebook)

Jadi, golongan nelayan atau sesiapa yang ada aktiviti laut mungkin perlu tangguh dulu jika keadaan semakin buruk.

MetMalaysia turut mengingatkan orang ramai untuk bersedia menghadapi kemungkinan episod hujan lebat berterusan (MTL). Walaupun belum mencapai tahap amaran merah atau jingga, situasi ini tetap perlu dipantau rapat kerana ribut tropika boleh berubah intensiti dalam masa singkat.

"Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar bersiap sedia menghadapi episod hujan lebat MTL dengan sentiasa peka kepada maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MET Malaysia melalui laman web www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi dan talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638.," katanya.

Lihat posting di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: