METMalaysia Keluarkan Amaran Hujan Lebat Melibatkan Beberapa Negeri Hari Ini & Esok

Jaga-jaga semua!

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hujuan berterusan pada tahap buruk dijangka berlaku di kawasan beberapa negeri sehingga esok

Menerusi kenyataan yang dikongsi Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), amaran hujan tersebut melibatkan kawasan di Selangor, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Di Sarawak, amaran hujan berterusan tahap buruk dikeluarkan bagi beberapa kawasan sehingga esok melibatkan Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, dan Betong (Pusa dan Betong).

Amaran hujan berterusan tahap waspada turut dikeluarkan bagi beberapa kawasan lain termasuk Kuching (Lundu), Sri Aman (Lubok Antu), Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri (Subis).

Di Selangor pula, hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dijangka membadai beberapa kawasan melibatkan abak Bernam, Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat.

SAYS.com
Image via NSTP

Amaran ribut petir tidak melibatkan tempoh yang lama

Di Sarawak, hujan lebat dijangka membadai Miri (Beluru, Telang Usan, Miri dan Marudi) dan Limbang manakala Sabah membabitkan Kawasan pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Sandakan (Beluran) dan Kudat (Pitas dan Kudat).

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," menurut METMalaysia.

Anda boleh merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat terkini dan sahih.

SAYS.com
Image via METMalaysia

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: