METMalaysia Keluarkan Amaran Hujan Berterusan Untuk 6 Negeri Mulai 5 Hingga 8 Disember
Jaga-jaga semua!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Hujan lebat berterusan tahap waspada dijangka berlaku di enam negeri mulai Jumaat ini sehingga Isnin depan
Menerusi laporan Berita Harian, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, amaran hujan berterusan itu dijangka berlaku membabitkan negeri Sabah, Terengganu, Kelantan, Pahang, Johor dan Sarawak.
Amaran hujan berterusan dijangka berlaku di Sabah mulai Jumaat sehingga Sabtu membabitkan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.
Selain seluruh Terengganu, amaran sama dikeluarkan bagi Kelantan membabitkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh manakala Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin), kesemuanya dijangka bermula Sabtu hingga Ahad ini.
"Di Johor pula, hujan berterusan dijangka berlaku mulai Ahad ini sehingga Isnin depan di Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
"Bagi Sarawak, amaran cuaca sama dijangka di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Pakan, Meradong, Sibu dan Selangau selain Mukah serta Bintulu bagi tempoh sama," menurut kenyataan itu.

Amaran dikeluarkan tiga hari lebih awal jika ada tanda cuaca buruk
Ketua Pengarah METMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip, dilaporkan berkata tiada sela masa khusus antara satu episod hujan lebat dengan episod berikutnya.
Walau bagaimanapun, amaran akan dikeluarkan sekurang-kurangnya tiga hari lebih awal jika terdapat tanda-tanda cuaca buruk.
Terdahulu, media tempatan melaporkan cuaca negara dijangka kekal baik untuk tempoh beberapa hari lagi.
Namun, episod hujan lebat Monsun Timur Laut (MTL) seterusnya boleh berlaku pada bila-bila masa bergantung kepada luruan monsun dan kemasukan udara lembap.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 