Merayau & Berkaki Ayam, Bekas Pemain Hoki Remaja Kini Dilihat Kurang Siuman
Mohamad Asmawi Zaidi yang satu ketika dulu pernah menyarung jersi skuad Bawah 16 Tahun negara.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, tular di media sosial memperlihatkan seorang lelaki merayau dan meracau dengan berkaki ayam persis orang kurang siuman di sekitar ibu kota
Dalam laporan Harian Metro, lelaki berkenaan dikenali sebagai Mohamad Asmawi Zaidi yang satu ketika dulu pernah menyarung jersi skuad Bawah 16 Tahun negara dan mula bermain hoki sejak di awal usia 12 tahun lagi.
Malah, dia juga dikhabarkan bekas pemain hoki remaja negara yang pernah beraksi sehingga ke Jerman, India dan Pakistan.
Rakan sepasukan sahkan itu adalah Asmawi
Sementara itu, rakan sepasukannya yang bersama-sama berjuang bersama Asmawi sehingga ke Jerman untuk beraksi bersama pasukan Malaysia bawah 16 tahun.
"Memang benar, kelibat lelaki kurang siuman itu adalah Asmawi iaitu bekas rakan pasukan yang pernah bersama-sama beraksi untuk Terengganu ketika Sukan Malaysia (Sukma) dan rakan sekolah ketika menyambung pelajaran di Sekolah Sukan Bandar Penawar yang kini di kenali sebagai Sekolah Sukan Tunku Ismail (SSTMI).
"Sayu hati melihat, Mawi (Asmawi) begitu. Dia dulu seorang yang ceria dan seorang pemain hoki berkaliber.
"Pernah juga menyarung jersi negara ketika Malaysia menjadi tuan rumah Kejohanan Hoki Remaja Dunia di Johor Bahru pada 2009.
"Tak sangka dia jadi begitu. Saya berkawan dengan dia sejak kecil. Mungkin kerana tekanan menjadi punca dia hilang arah.
"Jika ada sesiapa yang berdekatan dan mengenali dia, tolonglah bantu dia. Mungkin pihak berwajib boleh menghulurkan bantuan untuk pulihkan kembali Asmawi," katanya.
Difahamkan, Asmawi yang berusia 36 tahun telah meninggalkan kerjaya sebagai pemain hoki dan memilih untuk pulang ke kampung ketika usianya sekitar 25 tahun.
"Saya dimaklumkan ini kali kedua dia menjadi begitu. Lima tahun lalu kalau tak salah saya, dia dah sihat sebab ada yang bawa dia ke hospital untuk menerima rawatan.
"Tak sangka hari ini dia kembali sakit. Saya harap sangat ada orang bantu dia kembali pulih," katanya.
Jika anda ada rakan atau ahli keluarga yang mempunyai masalah sama, anda boleh meminta bantuan kesihatan mental seperti di bawah:
Image via Kementerian Kesihatan Malaysia
Image via Kementerian Kesihatan Malaysia
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via 