Menurut Kajian, Graduan Kaum India, Wanita Bertudung Kerap Ditindas & Sukar Dapat Temuduga

Pendapat anda?

Enlarge text
Cover ImageCover image via SAYS
Logo

Kajian yang dilakukan oleh Cent-GPS telah membuktikan bahawa individu paling sedikit mencatat kadar panggilan temuduga ialah lelaki India, lelaki Melayu, perempuan India dan perempuan Melayu bertudung

Zaidel Baharuddin, penyelidik Cent-GPS.

Image via Astro Awani

Kajian tersebut telah dilakukan oleh pusat penyelidikan swasta Centre for Governance and Political Studies (Cent-GPS).

Berdasarkan kajian tersebut, pihak mereka telah mendapati bahawa graduan kaum India dan perempuan bertudung merupakan antara kumpulan yang paling tertindas dalam proses pengambilan pekerja bagi sektor swasta.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Astro Awani, pihak Cent-GPS juga tidak hanya melakukan kajian secara rambang. Pihaknya juga turut mengambil inisiatif melalui pengalaman ditindas.

Bagi membuktikan isu ini adalah benar, dua kakitangan Cent-GPS berbangsa Melayu yang terdiri daripada seorang lelaki dan perempuan diberi tugasan 'berlakon'

Lakonan ini juga mewakili jantina dan kumpulan kaum berbeza dalam resume mereka. Walau bagaimanapun, kelayakan akademik, penguasaan bahasa dan pengalaman bekerja mereka disetarafkan dari segi kelayakan dalam tuntutan kerjaya.

Namun begitu, hasil kaji selidik itu mendapati bahawa individu yang paling kurang dipanggil untuk temuduga ialah:

– Lelaki India, diikuti oleh lelaki Melayu
– Perempuan India
– Perempuan Melayu bertudung

Tambahan pula, sebanyak 3,289 resume telah dihantar bermula bulan Disember 2018 hingga Februari 2019.

Ini merupakan wajah tujuh watak yang dilakonkan oleh dua kakitangan Cent-GPS untuk membuktikan berlakunya diskriminasi kaum dalam proses pengambilan pekerja.

Image via Twitter @CentGPS

Kaum Cina merupakan individu yang paling banyak mendapat panggilan temuduga

Seorang kakitangan Cent-GPS yang berlakon sebagai individu berbangsa Tionghua bernama Nicola Yeoh antara individu yang mendapat panggilan terbanyak sehingga dipanggil untuk menghadiri temuduga sebanyak 240 kali.

Manakala, individu Cina bernama Gabriel Liew dipanggil temuduga sebanyak 179 kali daripada 547 permohonan yang dihantar.

Walau bagaimanapun, pemohon kaum India bernama Thivakar dikatakan perlu memohon sebanyak 28 kali untuk mendapat satu panggilan temuduga manakala Nicola hanya memohon dua kali untuk mendapatkan satu temuduga.

Bukan itu sahaja, pemohon perempuan bertudung juga mendapat nasib yang sama kerana menurut Zaidel, pemakaian hijab memainkan peranan untuk graduan wanita memohon pekerjaan.

Gambar sekadar hiasan

Image via Resume

Perempuan Melayu bertudung hanya mendapat 50 panggilan temuduga daripada 547 pemohonan berbanding perempuan Melayu tidak bertudung yang mendapat 70 panggilan temuduga

Contoh resume yang dihantar kepada lebih 500 peluang pekerjaan bagi setiap pemohon dalam kajian Cent-GPS.

Image via Astro Awani

Berdasarkan kajian tersebut juga, apa yang menarik perhatian adalah faktor kefasihan dalam Bahasa Mandarin.

Ia kerana kesemua tujuh pemohon turut fasih berbahasa Mandarin namun masih gagal mendapat kadar panggilan temuduga yang setaraf dengan pemohon kaum Cina.

Pihak Cent-GPS turut menyarankan supaya syarikat-syarikat swasta mengambil iktibar untuk mengurangkan jurang peluang pekerjaan antara kaum

Gambar sekadar hiasan

Image via Utusan Borneo

Suarakan pendapat anda di ruangan komen yang disediakan!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Berita terkini hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: