Tak Tahu Nak Makan Apa Di IKEA? Gadis Ini Senaraikan Menu Yang Anda Patut WAJIB Order!
Tunggu apa lagi? Jom ke IKEA sekarang.
Cover image via @ctjamil92 (Twitter)Umum sedia maklum, IKEA merupakan salah satu tempat membeli perabot dan kelengkapan rumah kegemaran ramai rakyat Malaysia
Usai membeli-belah di gedung mereka, rata-rata yang datang ke IKEA ini, pasti akan singgah makan di restorannya. Begitupun, ramai sebenarnya yang masih tidak tahu mahu makan apa di restoran IKEA.
Terbaru, seorang pengguna laman sosial Twitter @ctjamil92 telah berkongsikan menu yang anda boleh cuba jika berkunjung ke IKEA. Dia juga turut memberi tips dan senaraikan pilihan makanan yang ada untuk dipesan.
Menurut Siti, ada menu yang boleh diambil sendiri, ada juga makanan yang 'dilayan' oleh pekerja mereka
Tambahnya lagi, kalau jenis yang makan banyak macam sepertinya perlu ambil troli dan beratur. Kemudian, ambil dulang dan cawan.
Tips: Harga air mengikut berapa banyak gelas/cawan yang diambil dan boleh 'refill' banyak kali
Berikut di bawah adalah senarai menu makanan yang boleh dipesan di restoran IKEA:
1. Honey Soy Beef
Image via @ctjamil92 (Twitter)
Sedap dan berbaloi. Tak rugi untuk mencuba!
2. Ayam Peri-Peri
Image via @ctjamil92 (Twitter)
Kuah dia rasa macam sos nandos sedikit. Nama pun ayam peri kan.
3. Meatball
Image via @ctjamil92 (Twitter)
Dimakan bersama kentang lenyek dan jem. Gabungan rasa yang sedap. Recommended!
4. Chicken Spring Roll
Image via @ctjamil92 (Twitter)
Tak rugi ambil sebab sedap.
5. Raspberry Cake
Image via @ctjamil92 (Twitter)
Kek ini memang sedap!
6. Mushroom soup & garlic bread
Image via @ctjamil92 (Twitter)
Sup sedap tapi roti agak kurang sedikit tetapi tak salah untuk mencuba.
7. Kepak Ayam (Honey Garlic)
Image via @ctjamil92 (Twitter)
Dah datang IKEA mestilah kena cuba kepak ayam dia.
8. Air minuman
Image via @ctjamil92 (Twitter)
Bagi Siti, air yang boleh refill ni ambil yang warna ini sebab air dia sedap.
9. Ice Cream Soya Soft
Image via @ctjamil92 (Twitter)
Mula sedap lepas tu rasa macam lemak sangat.
10. Yogurt
Image via @ctjamil92 (Twitter)
Rasanya ok. Sedap.
11. Karipap
Image via @ctjamil92 (Twitter)
Sedap makan panas-panas.
Wow! Ada juga makanan yang admin belum pernah cuba lagi. Lepas ini kena 'pakat' mai serbu ni :p
Image via GIPHY
Image via SAYS Seismik


