Menteri Luar Israel Gesa Masyarakat Yahudi Di Luar Negara Pulang Ke Tanah Air Untuk Berlindung

Di bawah Undang-Undang Kembali Israel 1950, semua orang Yahudi dibenarkan berpindah ke Israel serta memperoleh kewarganegaraan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Bloomberg & LA Times
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menteri Luar Israel, Gideon Saar menggesa orang Yahudi di negara lain pulang ke Israel susulan peningkatan kes antisemitisme di seluruh dunia

Menerusi laporan Berita Harian, gesaan itu dimaklumkan seminggu selepas 15 individu ditembak mati ketika sambutan acara perayaan Yahudi di Sydney, Australia baru-baru ini.

Katanya. orang Yahudi kini berdepan ancaman di seluruh dunia dan mengajak masyarakat Yahudi di England, Perancis, Australia, Kanada dan Belgium untuk pulang ke Israel.

"Hari ini, orang Yahudi sedang diburu di seluruh dunia. Saya menyeru orang Yahudi di England, orang Yahudi di Perancis, orang Yahudi di Australia, orang Yahudi di Kanada, orang Yahudi di Belgium: datanglah ke Tanah Israel!

"Pulanglah!" kata Saar ketika berucap pada majlis menyalakan lilin sempena hari terakhir perayaan Yahudi, Hanukkah.

Pihak berkuasa Australia menyatakan serangan pada 14 Disember dalam acara Hanukkah di Pantai Bondi, Sydney, didorong ideologi kumpulan ekstremis IS.

SAYS.com

Menteri Luar Israel, Gideon Saar.

Image via Menahem Kahana/AFP

Benjamin Netanyahu menggesa kerajaan-kerajaan Barat supaya melindungi masyarakat Yahudi dengan lebih baik

"Saya menuntut kerajaan-kerajaan Barat melakukan apa yang perlu untuk memerangi antisemitisme dan menyediakan keselamatan serta perlindungan yang diperlukan kepada masyarakat Yahudi di seluruh dunia," kata Netanyahu.

Pada Oktober lalu, Saar menuduh pihak berkuasa Britain gagal bertindak menangani peningkatan antisemitisme selepas satu serangan berlaku di luar sebuah rumah ibadat Yahudi di Manchester pada Yom Kippur, iaitu hari paling suci bagi penganut Yahudi. Serangan itu mengorbankan dua nyawa dan mencederakan empat orang.

Di bawah Undang-Undang Kembali Israel 1950, semua orang Yahudi di seluruh dunia dibenarkan berpindah dan menetap di Israel serta memperoleh kewarganegaraan.

Undang-undang itu turut terpakai kepada individu yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang datuk atau nenek berketurunan Yahudi.

Sejak tercetusnya perang di Gaza pada 7 Oktober 2023, pemimpin Israel mendakwa antisemitisme semakin meningkat di negara Barat dan menuduh kerajaan terbabit gagal mengawalnya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: