Menteri Kecam Insiden Lelaki Marah Pelajar Bukan Islam Makan Di Tempat Awam Di Bulan Puasa
Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan secara sukarela.
Cover image via @bingbinge656 (X)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini tular selepas seorang pelajar bukan Islam di Johor mendakwa dia diserang dan ditampar oleh orang yang tidak dikenali kerana makan di khalayak ramai pada bulan Ramadan
Kejadian itu dikongsi oleh mangsa yang dikenali sebagai Elijah, di akaun laman X miliknya pada Ahad, 16 Mac.
Menurut, ketika itu dia sedang makan di FamilyMart di Angsana Mall, Johor Bahru, apabila seorang lelaki mendekatinya dan bertanya sama ada dia berbangsa Cina.
Difahamkan, Elijah, yang merupakan pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dari Sarawak, menjawab "ya".
Lelaki itu kemudiannya meminta bukti agar dia menunjukkan kad pengenalannya, tetapi dia menolak, dengan mengatakan dia tidak diwajibkan berbuat demikian untuk orang yang tidak dikenali.
"Dia lepas tu tanya kalau saya Islam atau bukan Islam, dan marah kenapa makan pada masa puasa ni, walaupun saya bukan Islam dan saya tidak ada ganggu dia. Dia boleh sampai tampar saya beberapa kali pulak, " katanya.
Image via @bingbinge656 (X)
Elijah juga memberitahu dia berasa syukur kerana anak lelaki itu campur tangan dan cuba meredakan keadaan. Malah, memohon maaf bagi pihak bapanya
"Syukurnya anak dia memang baik dan lepas tenangkan situasi, dia minta maaf untuk pak cik tu. Tapi pak cik tu dah tidak menghormati saya dan tampar saya di tempat awam. Saya boleh terima permohonan maaf tu tapi saya tak boleh lepaskan benda ni," katanya.
Dia juga berharap agar Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang harmoni di mana orang ramai boleh menghormati antara satu sama lain, tanpa mengira kaum dan agama.
Kerajaan mengutuk sekeras-kerasnya insiden itu, menyifatkan ia tindakan provokasi yang bertentangan dengan nilai perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia
Sementara itu, dalam satu kenyataan di laman X, Menteri Perpaduan Negara Datuk Seri Aaron Ago Dagang berkata kes kini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan selepas mangsa membuat laporan polis.
"Saya juga mengutuk keras sebarang bentuk keganasan, diskriminasi, dan sikap prejudis yang boleh merosakkan keharmonian antara kaum. Saya berharap agar semua rakyat Malaysia beradab dalam berinteraksi antara rakyat Malaysia, yang seharusnya sentiasa saling menghormati budaya dan mengamalkan nilai Faham, Hormat & Terima.
"Isu-isu yang menyentuh soal perpaduan tidak boleh dipandang remeh. Kita tidak boleh membiarkan sebarang insiden yang boleh meruntuhkan keharmonian rakyat Malaysia. Negara ini hanya akan maju jika kita bersatu, saling menghormati, dan hidup dalam keadaan aman tanpa sebarang bentuk ketegangan kaum atau agama, " katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


