Menteri Besar Maklum Tindakan Isytihar Turunkan Kuasa Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tidak Sah

Difahamkan, tindakan pengistiharaan itu dilakukan semalam, 19 April 2026.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Facebook & Harian Metro
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tindakan mengisytiharkan menurunkan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, dimaklumkan tidak boleh diterima atau diiktiraf

Menerusi laporan Bernama, tindakan itu telah dilakukan Datuk Mubarak Dohak yang menandatangani serta membacakan pengisytiharan menurunkan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan di Balai Undang Luak Sungai Ujong, semalam.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Aminuddin Harun dalam kenyataan memaklumkan perkara ini tidak diiktiraf disebabkan Mubarak tidak lagi mempunyai kuasa dan fungsi sebagai Undang Luak Sungei Ujong, selain tidak selaras dengan Perkara 10 hingga 12 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959.

Menurutnya, pemberhentian Mubarak sebagai penyandang pesaka Datuk Klana Petra Luak Sungei Ujong dibuat mengikut pesaka dan adat Telaga Undang, Waris Klana Hulu, Sungei Ujong sejak 13 Mei 2025.

SAYS.com

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Image via Bernama

Sidang Khas Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan telah bersetuju menasihati dan menerima kesepakatan keputusan pemberhentian itu

DKU Negeri Sembilan pada 17 April lalu dikatakan telah bersetuju menasihati dan menerima kesepakatan Telaga Undang, Waris Klana Hulu, Luak Sungei Ujong yang memberhentikan Mubarak sebagai penyandang pesaka Datuk Klana Petra Luak Sungei Ujong ke-10.

Aminuddin berkata, ia selaras dengan peruntukan Fasal 14(3) UUTKNS atas 33 kesalahan berkaitan pesaka dan adat Telaga Undang, Waris Klana Hulu, Luak Sungei Ujong.

"Saya ingin memaklumkan bahawa fungsi DKU Negeri Sembilan ialah berperanan sebagai badan penasihat atas perkara berkaitan adat istiadat orang Melayu termasuk soal pemilihan dan perlucutan jawatan Undang Luak yang empat seperti diperuntukkan dalam Perkara 16 UUTKNS.

"Ini termasuk dalam urusan pemberhentian seseorang Undang Luak daripada memegang pesaka mengikut adat luaknya mengikut Fasal 14(3) UUTKNS," katanya.

SAYS.com

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Image via Facebook

Nasihat penerimaan oleh DKU untuk urusan pemberhantian pernah berlaku sebelum ini

Menurut Aminuddin, nasihat penerimaan oleh DKU terhadap pemberhentian penyandang pesaka Datuk Undang Luak di Negeri Sembilan juga pernah dilaksanakan sebelum ini apabila penyandang pesaka Undang Luak Johol ke-14 Datuk Mohammad Jan Abdul Ghani diberhentikan pada 27 Mac 2016 atas 13 kesalahan berkaitan pesaka dan adat Luak Johol.

Jumaat lalu, DKU menerima pemberhentian Mubarak sebagai penyandang pesaka Undang Luak Sungei Ujong susulan sidang khas yang diadakan di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah yang dipengerusikan Tuanku Muhriz.

Aminuddin dilaporkan berkata pada sidang khas itu, Tuanku Muhriz menguatkuasakan Fasal 24 UUTKNS 1959 dengan menjemput Ibu Soko Klana Hulu dan Waris Klana Hulu untuk turut bersama ke sidang khas berkenaan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik