Mengidam Nak Makan ‘In-Flight Meal’, MAS Tunaikan Hajat Ibu Hamil Anak Pertama Ini. Comel!
Nina Hidayana yang pada ketika ini sedang mengandungkan anak pertamanya berusia 6 bulan mengidam untuk makan menu sarapan dari Malaysia Airlines.
Cover image via Facebook Malaysia AirlinesMengidam adalah perkara yang sangat sinonim lebih-lebih lagi buat wanita yang sedang hamil
Bahkan dikatakan seramai 50% ke 90% wanita mengandung akan mengalami simptom "mengidam" ini. Mengidam makanan yang manis dan masin serta berempah atau yang tinggi kandungan lemak kerap terjadi dalam kalangan wanita mengandung.
Namun begitu, kadang-kadang makanan yang diidamkan ini adalah sesuatu yang bukan kebiasaan, malah ada di antaranya sangat ganjil dan sukar didapati.
Image via Orami
Seperti yang berlaku kepada seorang wanita bernama Nina Hidayana Roseli ini. Bayangkan, dia mengidam nak makan menu sarapan dari Malaysia Airlines!
Nina Hidayana yang pada ketika ini sedang mengandungkan anak pertamanya berusia 6 bulan telah menulis surat kepada Malaysia Airlines (MAS) menyatakan hasratnya itu.
Siapa sangka, hajatnya tercapai bahkan MAS sendiri telah menjemput dia dan suami, Qhairul Aizi Zukifilee ke pejabat KLIA untuk menikmati hidangan sarapan antarabangsa itu secara percuma.
Menerusi laman Facebook MAS, syarikat penerbangan itu turut berkongsikan beberapa gambar kunjungan suami isteri itu ke pejabat mereka.
Image via null
Ternyata posting itu telah menerima pelbagai reaksi warganet yang mana rata-rata memberikan pujian kepada syarikat tersebut kerana sudi menunaikan hajat Nina Hidayana.
Image via null
Antara reaksi positif dari warganet:
Image via Facebook Malaysia Airlines
Image via Facebook Malaysia Airlines
Tidak kurang juga warganet yang meninggalkan komen 'nakal' pada syarikat penerbangan itu mengidamkan macam-macam perkara.
Image via Facebook Malaysia Airlines
Image via Facebook Malaysia Airlines
Image via Facebook Malaysia Airlines

