Kes Saman Perlahankan Prestasi iPhone: Apple Tawarkan Diskaun Untuk Penggantian Bateri

Apple mengeluarkan kenyataan setelah berdepan dengan sembilan saman.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Cnet.com
Logo

Baru-baru ini, syarikat gergasi teknologi dunia, Apple telah berdepan sembilan saman selepas mengaku bahawa sengaja memperlahan peranti lama iPhone

Memetik laporan Astro Awani, lapan saman difailkan di California, New York, Illinois, dan satu di Israel.

Syarikat itu akhirnya memohon maaf dan mengaku bahawa kemas kini sistem operasi atau digelar iOS 11 telah mengehadkan pembekalan kuasa dari bateri kepada peranti. Ini menyebabkan prestasi beberapa model iPhone lama terjejas.

Meskipun usaha Apple bertujuan untuk memanjangkan hayat bateri iPhone serta mengelakkan daripada iPhone auto shutdown, keputusan ini nampaknya menerima reaksi yang berbeza daripada para pengguna.

Image via Tech Hive

Pengguna iPhone mendakwa syarikat itu menipu mereka dengan memperlahankan peranti lama tanpa amaran bagi mengatasi masalah bateri lemah

Namun, Apple menegaskan bahawa mereka menggunakan sistem naik taraf perisian untuk menghadkan prestasi iPhone versi lama yang ada masalah bateri.

Apple bagaimanapun menjelaskan, kemas kini itu perlu bagi melindungi bateri model-model iPhone lama.

Ini kerana kualiti bateri lithium-ion yang semakin berkurangan, sekaligus menyebabkan iPhone versi lama terpadam dengan sendirinya.

Image via Mavromatic

Ramai juga mendakwa tindakan Apple sengaja dibuat menjelang pelancaran model iPhone baru, yang mungkin memaksa pelanggan membeli model baru yang dilancarkan

Ada juga sebelum ini yang menuduh Apple melakukan sedemikian. 

Langkah itu telah mengundang kritikan pelbagai pihak yang berkata Apple sepatutnya menawarkan pertukaran bateri percuma yang boleh menyelesaikan masalah bukannya mengeluarkan kemas kini sistem operasi yang hanya mengehadkan kuasa bateri dan memperlahankan prestasi peranti iPhone yang lama.

Kejadian ini membuatkan lebih ramai pemilik iPhone versi lama mengamuk dan mengugut untuk bertukar kepada pesaing Apple iaitu Samsung.

Image via 9to5Mac

Oleh sebab itu, Apple mula menawarkan diskaun penggantian batteri untuk peranti lama iPhone selepas disaman

Pada 28 Disember 2017, Apple telah mengeluarkan kenyataan dan memohon maaf kerana telah mengecewakan ramai pengguna dan menjelaskan tentang salah faham yang telah berlaku.

Dalam kenyataan berikut, Apple berkata akan mengurangkan kos penggantian bateri kepada pengguna bermula bulan hadapan dan menaik taraf sistem operasi iOS. Mereka juga memaklumkan kepada pengguna sama ada bateri iPhone mereka dalam keadaan baik atau perlu ditukar.

Tambah Apple lagi, harga penggantian bateri akan dikurangkan kepada AS$29 (RM117) berbanding AS$79 (RM320) untuk model iPhone dan 6 ke atas bermula bulan depan.

"Langkah ini bagi menghargai kesetiaan pengguna dan mendapatkan kembali kepercayaan pengguna yang ragu-ragu terhadap tindakan Apple," kata syarikat itu.

Anda boleh baca surat penuh Apple di SINI.

Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda seorang yang selesa dengan ketahanan bateri dan prestasi yang perlahan atau sebaliknya. Apa pendapat anda?

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Korang tahu tak berapa harga tukar skrin iPhone X? Baca SINI:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: