Menara Merdeka 118 Jadi Lokasi Filem Terbaru MCU Untuk Aksi Terjunan Florence Pugh
Malaysia mendonia!
Cover image via Marvel StudiosFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Nama Malaysia sekali lagi naik menjadi bualan seluruh dunia apabila babak di sebalik tabir memaparkan menara Merdeka 118 dikongsi di laman sosial Marvel Studios
Baru sebentar tadi, Marvel Studios berkongsi sebuah video di sebalik tabir pembikinan filem terbaru mereka iaitu Thunderbolts.
Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah aksi terjunan lagak ngeri daripada pelakon utama, Florence Pugh dilakukan di menara Merdeka 118, menara kedua tertinggi di dunia.
Image via Facebook
Dianggap antara stunt yang menakjubkan pernah dilakukan
Bagi Florence, aksi terjunan yang dilakukannya di menara Merdeka 118 itu adalah antara lagak ngeri yang menakjubkan pernah dilakukan.
"Dari banyak-banyak lagak ngeri dari mana-mana filem, yang ini adalah antara yang menakjubkan.
"Bila je anda dapat tengok seseorang buat aksi mencampakkan diri mereka terjun dari bangunan seperti ini?
"Seronok gila" katanya.
Image via Facebook
Lihat video tersebut di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


