Menara KL Ditutup Buat Sementara Waktu, Beri Ruang Pengurusan Baru Lakukan Penyelenggaraan

Bermula 1 April 2025, pengoperasian, pengurusan dan penyelenggaraan Menara Kuala Lumpur telah diambil alih oleh syarikat LSH Service Master Sdn. Bhd. (LSHSM).

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menara Kuala Lumpur ditutup buat sementara waktu setelah operasi syarikat Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd. (MKLSB) di atas tapak Menara Kuala Lumpur selepas 31 Mac 2025 adalah tidak sah

Menerusi kenyataan yang diberikan Kementerian Komunikasi, Menara Kuala Lumpur adalah milik kerajaan dan bermula 1 April, pengurusan baharu, syarikat LSH Service Master Sdn. Bhd. (LSHSM) telah mengambil alih pengoperasian, pengurusan dan penyelenggaraan Menara Kuala Lumpur.

"Pendudukan syarikat Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd. (MKLSB) di atas tapak Menara Kuala Lumpur selepas 31 Mac 2025 adalah tidak sah.

"Sehubungan dengan itu, Pesuruhjaya Tanah Persekutuan telah mengemukakan dua notis pengosongan kepada pihak MKLSB melalui surat bertarikh 3 April 2025 dan 9 April 2025," kata kenyataaan itu.

Segala operasi yang dijalankan MKLSB di Menara Kuala Lumpur kini tanpa kebenaran kerajaan

Menurut kenyataan dari Kementerian Komunikasi itu, pihak MKLSB kini tiada hak untuk melakukan operasi di Menara Kuala Lumpur.

"Sebarang pengoperasian dan urus niaga yang masih dijalankan oleh MKLSB hingga kini adalah tanpa kebenaran kerajaan.

"Demi keselamatan dan keselesaan pengunjung serta bagi memberi ruang kepada pengurusan baharu untuk membuat kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan, bangunan Menara Kuala Lumpur akan ditutup buat sementara waktu," tegas kenyataan itu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: