Menara KL Akan Dibuka Semula Kepada Pengunjung Bermula 26 April Dengan Pengurusan Baharu
Kerajaan mahu menyediakan perkhidmatan serta persekitaran yang kondusif dan selamat buat para pengunjung.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Menara Kuala Lumpur (Menara KL) akan beroperasi semula mulai jam 9.00 pagi esok (26 April 2025) untuk kunjungan umum
Menerusi hantaran di Facebook Kementerian Komunikasi memberitahu pembukaan semula Menara KL adalah selari dengan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam menjamin kesejahteraan para pekerja yang terlibat.
Di samping itu, menyediakan perkhidmatan serta persekitaran yang kondusif dan selamat buat para pengunjung.
Mula diuruskan syarikat baharu iaitu LSH Service Master Sdn. Bhd. (LSHSM)
Dalam pada itu, operasi Menara KL akan diuruskan oleh syarikat baharu iaitu LSH Service Master Sdn. Bhd. (LSHSM).
"Menerusi pengurusan baharu premis Menara KL yang diterajui oleh syarikat LSH Service Master Sdn. Bhd. (LSHSM), kerajaan komited untuk memastikan penyampaian perkhidmatan yang efisien, berorientasikan pelanggan dengan penambahbaikan berterusan kepada aspek keselamatan dan keselesaan yang boleh menarik minat pengunjung dari dalam dan luar negara." Katanya.
Image via Kementerian Komunikasi (Facebook)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via 