Menara Berkembar Petronas Didakwa Telah “Dibuang” Daripada Poster Terbaru BN Ini
Poster itu dihasilkan bagi cabang TN50 dalam manifesto Barisan Nasional.
Cover image via SAYS via Najib RazakPada 7 April lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan manifesto Barisan Nasional di Axiata Arena berikutan pembubaran Parlimen pada hari yang sama
Seterusnya, manifesto itu dimuat naik ke laman web Najib yang merangkumi 14 cabang utama.
Image via Najib Razak
Menariknya, terdapat satu cabang yang paling menonjol dikalangan netizen di media sosial
Cabang yang dimaksudkan ialah TN50.
Image via Najib Razak
Dalam cabang ini, netizen menyedari bahawa Menara Berkembar Petronas yang ikonik untuk negara Malaysia telah dibuang daripada poster, tetapi pantulannya masih dapat dilihat di atas permukaan tasik.
Image via Najib Razak
Segelintir netizen membawa isu ini ke Twitter bagi meluahkan kekecewaan terhadap poster berkenaan
Pertubuhan amal, Lawyers of Liberty menerusi Twitter berpendapat bahawa tindakan membuang Menara Berkembar Petronas daripada poster hanya kerana ia dibina di era bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah "cetek dan kebudak-budakan."
Seorang netizen juga menulis tindakan ini jelas menunjukkan betapa Mahathir "menghantui" Najib dan pemerintahannya.
Ada juga yang berpendapat politik di Malaysia masih di tahap "low class".
Namun, ada juga netizen yang mempertahankan poster itu dan menyeru orang ramai untuk mentafsir dengan lebih baik
Seorang netizen menganggap bahawa Menara Berkembar Petronas sengaja dipadam bagi memberi maksud Barisan Nasional mampu membawa kejayaan tanpa menara ikonik tersebut.
Image via Twitter
Dua orang netizen turut memuji pasukan di belakang manifesto BN kerana melakukan kerja yang baik apabila berjaya menarik perhatian orang ramai terhadap poster berkenaan.
Image via Twitter
Image via Twitter

