"Membimbangkan" – Lelaki Malaysia Top 10 Antara Yang Paling Kuat Merokok Di Dunia

Ini bukan rekod atau kedudukan yang kita nak.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Rokok bukan sekadar tabiat, tetapi ia pembunuh senyap yang ramai masih pandang ringan

Malah, saban tahun ribuan rakyat Malaysia kehilangan nyawa akibat penyakit berkaitan merokok, termasuk serangan jantung, strok, dan kanser paru-paru.

Lebih membimbangkan, perokok bukan saja membahayakan diri sendiri, tetapi juga orang sekeliling yang terdedah kepada asap rokok secara pasif.

Walaupun pelbagai kempen kesedaran sudah banyak dilakukan, angka tetap tak menurun seperti yang diharapkan. Dan statistik terbaru ini membuktikan, masih ramai yang sanggup ambil risiko.

Namun, kajian baru-baru ini mendedahkan kadar merokok dalam kalangan lelaki Malaysia antara yang tertinggi di dunia.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Pendapat

Ia menunjukkan cerminan tabiat merokok yang makin sukar dikawal di Malaysia

Statistik terkini yang dikeluarkan oleh The Spectator Index menunjukkan bahawa 42.7% lelaki di Malaysia adalah perokok, menjadikan negara kita di tangga ke-9 dalam senarai global perokok lelaki paling tinggi.

Dalam carta yang sama, Indonesia berada di tempat teratas, dengan angka mengejutkan iaitu lebih 70% lelaki di sana merokok.

Malaysia bukan satu-satunya negara ASEAN yang tersenarai. Myanmar dan Thailand juga turut berada dalam kelompok negara dengan kadar perokok lelaki tertinggi di dunia.

Gambar sekadar hiasan.

Image via RRI

Dalam pada itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan bahawa tembakau menyebabkan lebih 8 juta kematian setiap tahun. Perkara itu bukan saja dalam kalangan perokok, tapi juga mereka yang terdedah kepada asap rokok secara pasif (secondhand smoke).

Menurut WHO, penggunaan tembakau meningkatkan kemungkinan mendapat kanser paru-paru, kanser mulut, penyakit jantung dan pembekuan darah. Penggunaan tembakau juga meningkatkan risiko serangan jantung dan strok dan membawa kepada kerosakan gigi dan gusi serta kulit berkedut.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: