“Member Kuat Melatah”- Lelaki Menjerit Lepas Dengar Bunyi Kucing Ini Undang Tawa Ramai
Aduh, kuat betul dia jerit.
Cover image via @rudyoramin (TikTok)Pasti lucu jika kita mempunyai rakan yang mudah melatah kerana reaksi mereka sangat menghiburkan bukan?
Kadang-kala, hanya sekadar gurauan kecil juga mampu membuatkan mereka terkejut beruk.
Sama seperti video ini berkenaan seorang lelaki yang menyakat rakannya yang berada di dalam sebuah bilik telah membuatkan ramai yang terhibur.
Lihat video penuh itu di bawah:
Baru buat bunyi kucing, terus menjerit sekuat hati
Menerusi video yang telah dikongsikan oleh @rudyoramin di TikTok, dilihat gelagat seorang remaja lelaki yang terkejut selepas disakat oleh rakan sebiliknya.
Rakannya itu dengan sengaja membuat suara kucing garau bagi menakut-nakutkan rakan sebiliknya. Walau bagaimanapun, reaksi lelaki berkenaan menjerit pula buat ramai terhibur.
Image via @rudyoramin (TikTok)
Image via @rudyoramin (TikTok)
"Kenapa terkejut sampai gitu sekali, dia tengah pikir apa tu sebenarnya!" – Netizen
Image via @rudyoramin (TikTok)
Image via @rudyoramin (TikTok)
Image via @rudyoramin (TikTok)
Ketika artikel ditulis, video berkenaan kini telah meraih 1.4M tontonan, 232.1K tanda suka dan 6K perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan reaksi terkejut remaja itu.
Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:
Allahu, min yang tengok pula terkejut tengok awak menjerit macam tu :')
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik

