Melawati Mall Perkenal Jenama Baharu & Kempen Lakaran Syawal, Raikan Warisan Melayu Sehingga 6 April Ini
Wah menarik, tunggu apa lagi jom pakat mai serbu!
Cover image via Melawati MallFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Melawati Mall menyambut ketibaan Ramadan dan Syawal tahun ini dengan penuh estetika menerusi kempen "Lakaran Syawal"
Bertemakan keindahan ukiran kraftangan tradisional, kempen yang berlangsung sehingga 6 April 2026 ini menawarkan gabungan unik antara seni warisan, fesyen kontemporari, dan ganjaran eksklusif buat para pengunjung.
Pelancaran kempen ini di Meranti Court telah diserikan dengan kehadiran pereka fesyen legenda, Dato' Indera Tom Abang Saufi, yang turut berkolaborasi bagi menonjolkan keanggunan kraf tempatan dalam gaya hidup masa kini.
Nadi utama Lakaran Syawal terletak pada gerai-gerai khas di Meranti Court. Antara yang menjadi tumpuan sudah pastinya koleksi eksklusif daripada Tom Abang Saufi yang menampilkan perincian teliti dan siluet elegan.
Selain itu, pengunjung boleh mendapatkan pelbagai kelengkapan raya daripada jenama seperti McVogue, Love Trisha, Anna Satrin, Ababil, dan aksesori daripada Al Haraman. Bagi yang mencari juadah perayaan, Awesome Snacks dan pelbagai gerai lain sedia menanti. Secara keseluruhan, terdapat lebih 40 jenama termasuk Uniqlo, Padini, dan Omar Ali yang sedia melengkapkan gaya Syawal seisi keluarga.

Melawati Mall turut perkenalkan wajah jenama baharu
Melawati Mall menghargai kesetiaan pembelinya dengan menawarkan barangan penebusan edisi terhad:
- Sampul Duit Raya Seni Syawal: Belanja RM180 (1 resit).
- Tikar Corak Seri: Belanja RM500 (maksimum 2 resit).
- Kotak Hadiah Ukiran Raya: Belanja RM900 (maksimum 3 resit).
Istimewa pada hujung minggu 7–8 Mac dan 14–15 Mac, pembeli yang berbelanja minimum RM50 layak menerima perkhidmatan ukiran kraftangan peribadi secara percuma pada kotak hadiah mereka, menjadikannya pemberian yang lebih eksklusif dan bermakna.
Bagi memudahkan persiapan saat akhir, Melawati Mall melanjutkan waktu operasi sehingga 12 tengah malam pada tarikh-tarikh berikut:
- 27 & 28 Februari
- 6 & 7 Mac
- 13 & 14 Mac


Sepanjang waktu lanjutan ini, pengunjung boleh moreh dengan hidangan istimewa daripada Champur dan Lapisan Patisserie. Paling mengujakan, dengan perbelanjaan RM100, anda berpeluang memenangi percutian ke Korea Selatan bernilai RM15,000 menerusi peraduan CapitaPlus Shop Till You Fly bersama Traveloka.
Melengkapi kemeriahan raya, Melawati Mall turut memperkenalkan beberapa jenama baharu yang menarik:
- Body Glove: Pakaian aktif inspirasi luncur air.
- Lulu Sensory Deluloft & Monsters Art Studio: Ruang kreatif dan seni untuk kanak-kanak.
- The Bretzel & Co: Pretzel buatan tangan dan roti artisan terkenal dari Sarawak.
Menerusi persembahan Dikir Barat, tarian raya moden, dan paluan kompang, Melawati Mall bukan sekadar destinasi beli-belah, malah sebuah ruang untuk mencipta memori indah sambil menghargai kehalusan seni "Lakaran Syawal".


Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



