Mediheal Lancar Acara Solo Pertama & Eksklusif Bersama Guardian Malaysia

Jenama penjagaan penjagaan kulit terkenal di Korea, Mediheal kini mempunyai lebih 40 produk.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Mediheal Malaysia
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jenama penjagaan kulit terkenal dari Korea, Mediheal, secara rasmi melancarkan acara solo pertamanya di Malaysia menerusi kerjasama eksklusif bersama Guardian Malaysia

Acara berprestij yang berlangsung di Starhill, Kuala Lumpur baru-baru ini menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha jenama tersebut memperkukuh kehadirannya di pasaran kecantikan tempatan.

Pelancaran ini dianjurkan oleh Sammoor Beauty Sdn. Bhd., pengedar tunggal Mediheal di Malaysia, dengan sokongan penuh daripada Guardian Malaysia. Di bawah tema "Our Solution, For All, Di Mana Sains Bertemu Kecantikan", acara ini meraikan semangat inovatif dan komitmen Mediheal dalam menawarkan penyelesaian penjagaan kulit berasaskan sains yang sesuai untuk semua jenis kulit.

SAYS.com
Image via Mediheal Malaysia

Tampilkan tiga produk utama: Rose PDRN Essential Mask, PDRN Lifting Pad, dan PDRN Serum

Acara Mediheal Lab ini turut memperkenalkan rangkaian produk terbaharu Siri Penjagaan Kulit PDRN. Rangkaian ini diformulasikan dengan bahan aktif PDRN (Polydeoxyribonucleotide), yang diiktiraf kerana keupayaannya merangsang penjanaan semula sel kulit, meningkatkan keanjalan serta mengekalkan kelembapan mendalam. Hasilnya, kulit kelihatan lebih sihat, tegang, dan muda secara semula jadi.

Menurut Pengarah Pembangunan Perniagaan Sammoor Beauty, Nicole Lim, pelancaran ini merupakan satu langkah penting dalam memperkukuh kedudukan Mediheal sebagai jenama penjagaan kulit premium berasaskan sains di Malaysia.

"Mediheal sentiasa percaya bahawa penjagaan kulit haruslah pintar, berkesan dan boleh diakses oleh semua. Melalui acara ini, kami teruja untuk berkongsi penyelesaian berasaskan sains kami dengan pengguna di Malaysia serta meraikan kerjasama berterusan kami dengan Guardian," jelas beliau.

Nicole turut menegaskan bahawa rangkaian PDRN ini mencerminkan komitmen Mediheal terhadap inovasi dan keberkesanan, sambil mengekalkan nilai mampu milik bagi pengguna.

Sebagai rakan eksklusif Mediheal di Malaysia sejak lima tahun lalu, Guardian Malaysia telah memainkan peranan penting dalam memperkukuh kehadiran jenama tersebut di pasaran tempatan.

SAYS.com

Pengarah Pembangunan Perniagaan Sammoor Beauty, Nicole Lim

Image via Mediheal Malaysia

Menurut Pegawai Perhubungan Awam dan Pengurus Kanan Acara Guardian, Jennifer Wong, kerjasama ini selaras dengan visi syarikat untuk menjadi platform utama bagi penyelesaian penjagaan kulit di Malaysia, yang menawarkan pelbagai jenama dan produk berkualiti kepada pengguna.

"Kami komited untuk menjadi platform penjagaan kulit yang menyediakan pelbagai pilihan produk berinovasi kepada pelanggan kami. Mediheal ialah antara jenama yang kami percaya boleh berkembang bersama Guardian kerana reputasinya yang kukuh dan inovatif di Korea," ujarnya.

Tambah beliau lagi, Guardian amat berbangga dengan hubungan strategik ini, yang bukan sahaja memperkukuh portfolio produk mereka, tetapi juga memberikan pengguna Malaysia akses eksklusif kepada produk penjagaan kulit Korea yang terbukti secara klinikal.

"Selama lima tahun kerjasama ini, Guardian telah memberi sokongan penuh terhadap kempen promosi, acara jenama, serta strategi pemasaran Mediheal. Kejayaan yang dicapai adalah hasil sinergi kukuh antara kedua-dua pihak," katanya lagi.

SAYS.com

Pegawai Perhubungan Awam dan Pengurus Kanan Acara Guardian, Jennifer Wong

Image via Mediheal Malaysia

Selain siri PDRN, Mediheal turut memperkenalkan produk inovatif yang kini menjadi fenomena global, iaitu Mediheal Toner Pad, yang telah diiktiraf sebagai produk toner pad nombor satu di Korea

Keunikan produk ini terletak pada reka bentuk pad yang berbeza bagi setiap jenis toner, tidak seperti jenama lain yang menggunakan satu jenis pad untuk semua formula. Pendekatan ini membolehkan setiap pad meningkatkan keberkesanan bahan aktif dan disesuaikan mengikut keperluan kulit.

"Kami percaya setiap bahan aktif memerlukan jenis pad tertentu untuk meningkatkan keberkesanan formula. Toner pad Mediheal boleh digunakan bukan sahaja sebagai toner, tetapi juga sebagai alternatif topeng muka. Ia sesuai untuk pelbagai jenis kulit termasuk kombinasi, kering, dan berminyak," kata Nicole.

Inovasi ini menjadikan toner pad Mediheal sebagai pelopor dalam kategori penjagaan kulit pelbagai fungsi (multi-functional skincare), sekaligus mencipta trend baharu dalam industri kecantikan Korea dan antarabangsa.

SAYS.com
Image via Mediheal Malaysia

Dengan sokongan padu daripada Guardian, Mediheal kini menikmati kedudukan kukuh dalam pasaran penjagaan kulit Malaysia. Di Guardian, lebih 60 hingga 70 peratus ruang paparan topeng muka kini dipenuhi dengan produk Mediheal, hasil daripada prestasi jualan yang sangat memberangsangkan.

"Berdasarkan prestasi jualan yang cemerlang, semakin banyak variasi produk Mediheal diperkenalkan di Malaysia. Kini kami mempunyai lebih daripada 40 SKU aktif, termasuk topeng muka, toner pad, dan serum," jelas Nicole.

Beliau turut menjelaskan bahawa pengguna Mediheal di Malaysia terdiri daripada 60 peratus wanita dan 40 peratus lelaki, menunjukkan peningkatan minat golongan lelaki terhadap penjagaan kulit yang berkualiti.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: