Media Prima Audio Terus Kukuhkan Pengaruh Landskap Radio, Capai 6.1 Juta Pendengar Mingguan

Hot FM kekal menjadi stesen radio nombor 1 Malaysia manakala Fly FM terus menguasai segmen radio bahasa Inggeris.

Enlarge text
Cover ImageCover image via MPA
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Media Prima Audio (MPA) terus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara rangkaian media paling berpengaruh di Malaysia dengan capaian sebanyak 6.1 juta pendengar mingguan di seluruh negara

Dapatan terkini yang diterima daripada kajian Nielsen ini membuktikan pencapaian kepimpinan MPA merentasi platform radio, digital dan pengalaman bersemuka.

Dapatan kajian Nielsen (CMV) ini telah diambil bermula Januari 2025 sehingga Disember 2025, berdasarkan capaian pendengar minggu terdahulu di Semenanjung Malaysia bagi individu berumur 15 tahun ke atas.

Mendahului rangkaian ialah Hot FM yang kekal sebagai stesen radio nombor satu di Malaysia, dengan peningkatan kepada 4.3 juta pendengar mingguan serta 2.6 bilion tontonan video.

Pencapaian ini mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai jenama hiburan Melayu paling berpengaruh di negara ini, selain menjadi platform utama pilihan pengiklan yang mencari capaian luas serta relevansi budaya yang tinggi.

Dalam masa yang sama, Fly FM terus menunjukkan prestasi kukuh dalam segmen radio Bahasa Inggeris dengan capaian 2.1 juta pendengar mingguan dan 691 juta tontonan video merentas platform digital.

Berteraskan strategi yang mengutamakan kandungan, Fly FM kini berkembang sebagai jenama gaya hidup yang melangkaui radio konvensional, menghubungkan pendengar melalui siaran udara, platform digital dan pengalaman secara langsung.

Inisiatif ikonik seperti Sunset Jam turut membuktikan keupayaan jenama ini dalam mencipta pengalaman yang dekat dengan budaya dan gaya hidup audiens.

Stesen radio lain di bawah naungan MPA turut menunjukkan perkembangan tersendiri

Sebagai pelengkap kepada pertumbuhan berterusan MPA, Kool FM mencatatkan peningkatan sebanyak 8.3% dalam jumlah pendengar, mencecah 576,000 pendengar mingguan sekali gus mencerminkan peningkatan permintaan terhadap kandungan yang segar, relevan dan dekat dengan jiwa pendengar.

Ekosistem MPA juga terus berkembang pesat, memperluas capaian dan impak jenama-jenamanya melangkaui radio menerusi Molek FM yang merekodkan 340 juta tontonan video, mengekalkan kedudukannya sebagai pilihan utama pendengar di Pantai Timur.

Sementara itu, Eight WuXian mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan sebanyak 83%, mencapai 197 juta tontonan video, mengukuhkan pengaruh serta kepercayaan dalam kalangan komuniti berbahasa Cina di Malaysia.

Dengan ekosistem pelbagai platform yang semakin berkembang merangkumi radio, digital dan pengalaman langsung, MPA menawarkan nilai yang lebih menyeluruh kepada para pengiklan.

Ia bukan sekadar menyediakan capaian audiens, malah membuka peluang kepada jenama untuk berhubung dengan komuniti yang benar-benar terlibat, menghasilkan kempen yang relevan dengan budaya, serta mendekati rakyat Malaysia pada momen yang signifikan.

Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio, Nazri Noran. memaklumkan jenama hiburan hari ini memerlukan relevansi, pengaruh dan keupayaan untuk berhubung dengan audiens secara bermakna.

"Di Media Prima Audio, kami menggabungkan skala, kreativiti dan pemahaman budaya bagi membantu jenama mencapai matlamat tersebut.

"Kami bukan sekadar menyampaikan capaian, tetapi mencipta impak. Dalam pasaran hari ini, dilihat sahaja tidak mencukupi, jenama perlu diingati," katanya.

SAYS.com
Image via MPA

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik