MDA Umum Barisan Kepimpinan Baharu Bagi Penggal 2025–2026, Nicholas Sagau Sebagai Presiden

Pelantikan ini disusuli dengan kenaikan pangkat bekas Presiden, Eileen Ooi, kepada CEO PHD APAC baru-baru ini.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Persatuan Digital Malaysia (MDA) telah berkongsikan kemas kini terbaharu mengenai barisan kepimpinan untuk penggal 2025–2026 baru-baru ini

Ia bagi mengukuhkan komitmen MDA untuk terus seiring dengan landskap media dan pemasaran digital yang berubah dengan pesat, didorong oleh kemunculan AI dan perubahan faktor ekonomi serta geopolitik global yang memberi kesan kepada perniagaan digital.

Presiden MDA, Nicholas Sagau Tony Ngimat

Image via Malaysia Digital Association

Untuk itu, Ketua Pegawai Operasi REV Media Group, Nicholas Sagau Tony Ngimat telah dilantik sebagai Presiden MDA yang baharu.

Pada masa yang sama, Ketua Amalan Media, GroupM Malaysia, Pranav Jha telah dipilih sebagai Naib Presiden.

Pelantikan ini disusuli dengan kenaikan pangkat bekas Presiden, Eileen Ooi, kepada CEO PHD APAC baru-baru ini. Pencapaian penting ini menggariskan pengaruh Malaysia dalam arena digital serantau.

Naib Presiden, Pranav Jha

Image via Malaysia Digital Association

Selain itu, MDA telah melantik Ketua Pegawai Digital IPG Mediabrands, Cindy Eliza Vaz sebagai Bendahari baharu

Dengan pengalaman luas beliau dalam pemasaran dan penyelesaian media berasaskan data, beliau akan membawa kepakaran yang berharga kepada pasukan kepimpinan.

Bendahari MDA, Cindy Eliza Vaz

Image via Malaysia Digital Association

Dalam pada itu, Lydia Wang yang baru-baru ini dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pegawai Operasi Star Media Group Berhad, akan terus berkhidmat sebagai Setiausaha MDA.

"Landskap digital berada di persimpangan kritikal, dengan AI bersedia untuk mengganggu ekosistem seperti mana teknologi-teknologi sebelumnya telah membentuk semula dunia digital. Kini, adalah lebih penting berbanding sebelum ini untuk MDA bertindak sebagai pemudah cara, memacu kolaborasi dan inovasi," kata Nicholas Sagau, Presiden MDA yang baharu dilantik.

Setiausaha MDA, Lydia Wang

Image via Malaysia Digital Association

Menurut Pranav Jha, Naib Presiden yang baharu dipilih, menambah: "Saya berbesar hati dan teruja untuk memikul peranan baharu ini di MDA, ia merupakan perjalanan yang sangat memperkaya bagi saya selama tiga tahun yang lalu, menjadi sebahagian daripada pertemuan agensi pengiklanan, penerbit, pengiklan, dan syarikat teknologi ini.

"Saya berharap dapat memperkukuh janji MDA untuk memupuk bakat, membentuk amalan terbaik digital dan teknologi, memacu inisiatif baharu merentas industri, dan mengiktiraf hasil kerja terbaik daripada warga kita".

Sebagai rekod, Majlis MDA yang dikemas kini untuk penggal 2025–2026 merangkumi pemain industri utama seperti Astro Media Solutions, Dentsu Holdings (M) Sdn Bhd, FCB Shout, REV Media Group, iMedia Asia Sdn Bhd, PETRONAS, Sinar Karangkraf Sdn Bhd, Star Media Group Berhad, Vivaki Malaysia dan Xamble Group Limited.

Untuk maklumat lanjut dan terkini mengenai Malaysia Digital Association, anda boleh sahaja layari https://malaysiandigitalassociation.org.my/!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: