MCA Taiping Mohon Ampun Isu Typo ‘Pertabalan’ Sebagai ‘Perbatalan’ Pada Kain Rentang
Banner itu telah dinaikkan selama seminggu.
Cover image via SAYSMCA Taiping memohon maaf atas kesilapan ejaan pada banner yang dinaikkan sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di pejabatnya, semalam
Perkataan 'Pertabalan' yang sepatutnya digunakan pada *banner* tersebut telah ditukarkan kepada perkataan 'perbatalan' sekaligus menjadikan gambar *banner* tersebut viral di laman sosial.
Menurut, Ketua MCA Bahagian Taiping Ang Sui Eng, pihaknya mengakui berlaku kesilapan tersebut dan mereka tellah mengambil keputusan untuk menurunkannya serta menggantikan dengan kain rentang baru.
Image via mimls.org
Bagaimanapun, lebih memeranjatkan, banner itu telah tergantung selama seminggu tetapi tiada siapa yang perasan akan kesalahan ejaan tersebut sehinggalah semalam
"Kita perlu memohon maaf kepada Seri Paduka Baginda atas kesilapan kami yang terlepas pandang. Kami setia kepada Seri Paduka Baginda dan negara," sambungnya lagi.
Image via SAYS


