Mayat Doktor Dari Malaysia Ditemui Selepas Hilang Ketika Hiking Di Dolomites, Itali

Mangsa dikatakan ada menghantar mesej telah sesat dan meminta bantuan sebelum hilang.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Antenna Tre & China Press
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang doktor warga Malaysia berusia 60 tahun yang hilang semasa mendaki di Dolomites, Itali telah ditemui mati selepas disyaki terjatuh dari tebing

Wanita itu yang dikenali sebagai Dr Khaw Bee Ling, pakar perubatan dari Hospital Pakar Metro di Sungai Petani, Kedah, dilaporkan hilang pada 17 Julai ketika mendaki di kawasan Croda del Becco, sebuah gunung yang terletak di antara Ampezzo dan Braies Dolomites.

Dr Khaw difahamkan telah mendaki bersama seorang rakan sebelum mereka memutuskan untuk bergerak sendiri. Semasa rakannya berpatah balik, mangsa terus menuju ke puncak. Dr Khaw kemudiannya dilihat telah menghantar mesej mengatakan telah sesat dan memerlukan bantuan, sebelum terus mendiam tidak menghantar mesej lagi.

Rakannya menghubungi pihak berkuasa, dan operasi pencarian berskala penuh telah dilancarkan. Pasukan penyelamat mengerahkan helikopter, dron yang dilengkapi dengan thermal cameras, anjing pengesan dan beberapa pasukan penyelamat gunung. Pencarian diteruskan sepanjang malam, lapor Antenna Tre.

SAYS.com
Image via Antenna Tre

Mayat mangsa dikesan oleh helikopter, tersangkut di celahan tebing sehari kemudian

Menurut La Voce del Trentino, Pihak berkuasa percaya mangsa telah tersasar dari laluan yang ditanda di bahagian gunung Belluno dan secara tidak sengaja tergelincir ke bahagian batu yang curam dan basah, sejauh hampir 100m.

Lokasi terakhir telefonnya dapat diketahui dengan penjejakan menggunakan IMSI catcher, peranti penjejakan mudah alih khas yang membantu mengecilkan zon carian.

Mayat mangsa telah dipindahkan ke bilik mayat di Cortina d'Ampezzo. Pihak berkuasa Itali akan mengendalikan prosedur yang diperlukan.

Kematian Dr Khaw disahkan awal minggu ini oleh majikannya, yang menyifatkan beliau sebagai rakan sekerja yang dihormati dalam sebuah hantaran di Instagram.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: