Mayat Bayi Dijumpai Dalam Keadaan Meniarap Di Mangkuk Tandas Stesen Minyak Sabak Bernam
Allahuakbar, tergamaknya!
Cover image via Sinar Harian
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang bayi ditemui dalam keadaan tertiarap di dalam mangkuk tandas wanita di sebuah stesen minyak di Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam, Selangor
Menurut laporan Sinar Harian, perbuatan kejam itu terbongkar selepas orang awam menemui mayat bayi berkenaan dan melaporkannya kepada polis kira-kira jam 12 tengah hari.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Md Yusof Ahmad berkata, pemeriksaan pegawai perubatan mengesahkan bayi itu sudah meninggal dunia pada jam 11.15 pagi.
"Polis sedang giat mengesan individu dan suspek utama yang terlibat dalam kes ini," katanya.
Image via Sinar Harian
Difahamkan, kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang mayat secara sulit
"Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda, atau kedua-duanya sekali," katanya lagi.
Sebelum ini, kejadian itu tular di Facebook apabila beberapa pengguna memuat naik hantaran dan gambar lokasi kejadian.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nor Aimi Lyana Mohd Khairani, di talian 018-2510452.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


