Mata Wang Rupiah Jatuh, Ramai Rakyat Malaysia Ambil Peluang Melancong Ke Indonesia

Setakat semalam, jumlah 1 juta rupiah adalah bersamaan RM262 berbanding beberapa tahun yang lepas jumlah yang sama bersamaan dengan RM320.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Klook & Forex
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ramai rakyat Malaysia mengambil peluang untuk ke Indonesia pada masa ini susulan kejatuhan nilai mata wang rupiah

Menerusi laporan New Straits Times, kejatuhan nilai mata wang rupiah ke paras terendah telah menyebabkan peningkatan jumlah pelancong Malaysia yang melawat negara itu.

Kadar pertukaran ringgit yang lebih stabil telah memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk melancong ke republik itu, dengan kos yang lebih rendah untuk hotel, makanan dan pengangkutan.

Menurut data yang dikeluarkan oleh Badan Pusat Statistik Indonesia (BPS), jumlah pelancong Malaysia meningkat sebanyak 24.22 peratus pada akhir tahun lalu, menyumbang kepada 18.3 peratus pelancong antarabangsa ke negara itu.

Malaysia kekal sebagai penyumbang terbesar pelancong asing ke Indonesia sejak 2022, dengan jumlah pelawat mencecah 2.27 juta pada 2024, mengatasi negara lain seperti Australia, Singapura, China, Timor-Leste dan India.

Nilai mata wang yang rendah bukan sahaja faktor ramai warga Malaysia ke Indonesia

Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA), Datuk Mohd Khalid Harun berkata walaupun kadar pertukaran nilai mata wang ringgit yang lebih baik berbanding rupiah telah menyebabkan peningkatan pelancong Malaysia ke Indonesia, ia bukanlah satu-satunya faktor yang menyumbang kepada perkara tersebut.

"Indonesia terus menjadi destinasi pilihan rakyat Malaysia kerana faktor seperti jarak yang dekat, akses penerbangan yang selesa, penginapan yang selesa, layanan yang berkualiti tinggi dan pelbagai pilihan makanan halal.

"Ini menjadikan perjalanan yang dirancang lebih mudah dan selamat untuk pelancong Muslim dari Malaysia.

"Gabungan infrastruktur moden, sistem pembayaran digital yang cekap dan kos pengangkutan dan barangan mesra bajet menjadikan perjalanan ke Indonesia bukan sahaja berbaloi tetapi juga menyeronokkan," katanya.

Indonesia menjadi destinasi kedua paling banyak menerima pelancong dari Malaysia selepas Thailand

Dalam pada itu, menurut seorang pengarah agensi pelancongan tempatan, Razly Mohamed berkata Indonesia adalah negara kedua paling ramai dikunjungi rakyat Malaysia selepas Thailand.

"Faktor utama ialah kejatuhan nilai rupiah, penerbangan terus yang berpatutan dan kerap, dan pakej domestik yang jauh lebih berbaloi.

"Antara destinasi pilihan rakyat Malaysia ialah Batam, Bali, Jakarta, Bandung, Banda Aceh, Padang, Bukit Tinggi, Jogjakarta, dan Medan.

"Indonesia menyumbang 50 peratus daripada jumlah tempahan kami berbanding negara lain," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: