Maskot Katak Cuak Kena Kejar Anjing Sampai Terjatuh, Member Pula Sakan Pergi Gelakkan Dulu
Kawan-kawan memang akan gelak dulu baru tolong.
Cover image via @faizdj36 (TikTok)Pekerjaan sebagai maskot sememangnya bukanlah mudah seperti yang kita sangka
Mereka bukan saja perlu menghiburkan orang sekeliling, malah mereka terpaksa berpanas dalam kostum yang tebal berjam-jam lamanya.
Namun, ada kalanya berlaku juga insiden lucu kepada mereka ini. Contohnya seperti video yang tular baru-baru ini apabila seorang maskot katak jatuh tersungkur gara-gara dikejar anjing telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Kelam kabut lari tak cukup tanah, tak nampak ada tembok dekat depan
Menerusi video yang dimuat naik oleh @faizdj36, kelihatan dua orang maskot katak itu sedang berada di sekitar sebuah kaki bangunan.
Apa yang menghiburkan adalah apabila terdapat seekor anjing tiba-tiba mengejar maskot itu membuatkan dia lari lintang-pukang.
Lebih melucukan lagi, salah seorang daripada maskot itu terjatuh selepas terlanggar tembok di sebuah pokok. Kawannya pula dengan selamba mentertawakannya tanpa menghulurkan apa-apa bantuan.
Image via @faizdj36 (TikTok)
Image via @faizdj36 (TikTok)
"Weh yang hijau tu sakan betul dia gelak sampai tepuk lantai haha" – Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1M tontonan, 75.7K tanda suka serta 17.4K perkongsian di TikTok.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat maskot itu terjatuh.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Image via @faizdj36 (TikTok)
Image via @faizdj36 (TikTok)
Image via @faizdj36 (TikTok)
Tak baik ya katak hijau tu gelakkan member, tapi memang lawak pun 😀
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


