Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Diiktiraf Masjid Terbesar Di Malaysia Guna Sistem Solar
Dikhabarkan masjid ini juga dinobatkan sebagai Solar Masjid kedua terbesar di dunia.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Masjid Raja Haji Fi Sabilillah di Cyberjaya telah diiktiraf sebagai masjid di Malaysia yang memasang sistem solar terbesar berkapasiti 500 kWP
Menerusi laporan Buletin TV3, pemasangan sistem solar tersebut mampu menjimatkan tenaga elektrik sekitar 20 hingga 40 peratus bersamaan dengan hampir RM17,000 sebulan.
"Alhamdulillah masjid ini diiktiraf sebagai Pemasangan Sistem Solar Terbesar di Masjid oleh The Malaysia Book of Records.
"Ia dikhabarkan sebagai Solar Masjid kedua terbesar di dunia," kata Ketua Pegawai Eksekutif Xperts, Mohd Faiz bin Mokhtar, syarikat yang mengendalikan pemasangan panel solar berkenaan.
Image via ATSA Architects Sdn Bhd
Pemasangan panel solar membawa matlamat negara mencapai penjimatan tenaga menjelang 2035
Menurut Mohd Faiz, seiring dengan matlamat negara yang mahu mencapai penjimatan tenaga melalui tenaga boleh diperbaharui dengan sasaran 40 peratus menjelang tahun 2035, inisiatif ini boleh dianggap sebagai pelaburan yang bijak di samping merupakan antara pilihan terbaik untuk menjana tenaga.
Sebelum ini, kerajaan telah menggalakkan pemaju untuk memasang panel solar bagi projek baharu sebagai salah satu langkah utama dalam Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) mencapai karbon sifar bersih menjelang tahun 2050.
Mampu memuatkan sekitar 8,300 jemaah dalam satu masa, Masjid Raja Haji Fi Sabilillah dilihat sebagai masjid 'hijau' pertama di Malaysia di mana ia dilengkapi dengan pelbagai fasiliti yang boleh menjimatkan tenaga.
Image via Buletin TV3
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via