Masjid Dato’ Klana Petra Tawar ‘Nurseri Ramadan’ Untuk Ibu Bapa Solat Tarawih Lebih Tenang
Pelbagai aktiviti juga disediakan untuk anak-anak.
Cover image via Sinar Harian
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Masjid Dato' Klana Petra Undang Luak Sungei Ujong, Nilai di Negeri Sembilan kini menyediakan 'nurseri Ramadan' bagi membolehkan ibu bapa menunaikan solat tarawih dengan lebih tenang
Menurut laporan Harian Metro, kemudahan itu disediakan secara percuma di dewan besar masjid berkenaan bermula jam 8 malam sehingga 10.30 malam.
Ketua Eksekutif masjid, Mohd Yusof Abdul Rahman, 57, berkata, idea menyediakan kemudahan tersebut bermula dua tahun lalu dan mendapat sambutan menggalakkan daripada para ibu bapa.
Image via Sinar Harian
"Kita dapati, bila terawih anak-anak bising dan ia boleh menganggu jemaah. Jadi kita usaha sesuatu untuk alihkan perhatian anak-anak ini dengan sediakan kemudahan nurseri yang disertakan permainan soopa doopa, E-sukan dan tayangan video.
"Nurseri ini kita buka untuk anak-anak berusia tiga hingga sembilan tahun dan mereka ini hanya dibenarkan keluar dari dewan itu sekiranya ibu bapa yang datang ambil.
"Setiap hari, kira-kira 100 anak-anak yang dihantar ke sini," katanya.
Ibu bapa tidak perlu bimbang solat keselamatan anak-anak kerana akan dipantau oleh lapan sukarelawan
Menurutnya, ibu bapa yang mahu meninggalkan anak-anak di situ dikhendaki membuat pendaftaran terlebih dahulu dengan meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi.
"Kemudahan permainan disediakan di nurseri ini kita sewa dengan harga RM6,000 dan kita boleh nampak kehadiran ibu bapa itu mula meningkat," katanya lagi.
Image via Sinar Harian
Image via Sinar Harian
Sementara itu, seorang kakitangan swasta, Nadzrizal Adzli, 44 memuji usaha dilakukan yang secara tidak langsung dapat mendekatkan kanak-kanak dengan masjid.
"Ibu bapa bukan saja dapat solat dengan tenang, jemaah lain pun sama dan budak-budak akan lebih gembira untuk berada di masjid.
"Saya harap masjid-masjid lain pun boleh ambil inisiatif sediakan kemudahan ini sepanjang Ramadan bagi membolehkan jemaah solat dengan lebih tenang," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


