Masih Belum Terlambat, Ini Cara Paling ‘Simple’ Nak Tebus Bantuan Kredit RM50 ePenjana

Boleh tebus melalui Touch 'n Go eWallet, GrabPay dan Boost.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Bernama
Logo

Umum sedia maklum, kerajaan telah memperkenalkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dalam usaha merangsang dan memulihkan ekonomi negara yang terkesan akibat daripada wabak pandemik Covid-19

Salah satu inisiatif yang diambil di bawah pelan ini adalah pengenalan program kredit e-Penjana.

Program ini melibatkan peruntukan bernilai RM750 juta dan seramai 15 juta rakyat Malaysia akan mendapat manfaat daripada program ini.

Kerajaan memberikan kredit dompet digital sebanyak RM50 yang boleh digunakan untuk pembelian melalui eWallet yang mengambil bahagian.

Image via Berita Harian

Terdapat tiga aplikasi eWallet yang mengambil bahagian dalam program ini, termasuklah Touch 'n Go, GrabPay dan Boost

Anda sudah boleh menebus kredit RM50 ini sekarang sehingga 24 September 2020. Begitupun, anda mesti mempunyai akaun berdaftar di aplikasi MySejahtera terlebih dahulu.

Difahamkan, proses pengesahan untuk penebusan akan mengambil masa sehingga 5 hari sebelum wang dikreditkan dalam akaun eWallet anda.

Bagaimana nak tebus? Jom kita lihat cara untuk menebus daripada ketiga-tiga aplikasi ini:

Image via MySejahtera

1. Touch 'n Go eWallet

  • Langkah 1: Pastikan anda memiliki akaun berdaftar di aplikasi MySejahtera dan kemas kini aplikasi Touch 'n Go eWallet dengan versi terkini.
  • Langkah 2: Buka aplikasi – klik pada kotak program ePenjana di halaman utama aplikasi.
  • Langkah 3: Tandakan (/) pada terma dan syarat – klik butang 'Claim Now'.
  • Langkah 4: Sahkan akaun terlebih dahulu – Lengkapkan butiran yang diperlukan untuk pengesahan – Klik butang 'Submit'.
  • Langkah 5: Setelah selesai, butiran anda akan diproses dalam tempoh lima (5) hari waktu bekerja. Jika berjaya, anda akan menerima satu notifikasi yang menyatakan permohonan telah diluluskan.

2. GrabPay

  • Langkah 1: Pastikan anda memiliki akaun berdaftar di aplikasi MySejahtera dan kemas kini aplikasi
    Grab dengan versi terkini.
  • Langkah 2: Buka aplikasi – klik pada kotak program ePenjana di halaman utama aplikasi
    Langkah 3: Kemudian, klik butang 'Next'.
  • Langkah 4: Lengkapkan butiran yang diperlukan untuk pengesahan.
  • Langkah 5: Butiran anda akan diperiksa dan diproses dalam tempoh lima (5) hari waktu bekerja.

Image via GrabPay

3. Boost

  • Langkah 1: Pastikan anda memiliki akaun berdaftar di aplikasi MySejahtera.
  • Langkah 2: Buka aplikasi – klik pada kotak insiatif ePenjana di halaman utama aplikasi.
  • Langkah 3: Klik pada kotak 'RM50 ePENJANA' – anda perlu sahkan butiran akaun terlebih dahulu
    (termasuk nama penuh & kad pengenalan).
  • Langkah 4: Setelah selesai, maklumat yang diberikan akan diproses dalam tempoh lima (5) hari
    masa bekerja.

Image via Boost

Jadi, anda tunggu apa lagi, cepat tebus kredit RM50 ke dalam akaun eWallet anda sekarang sebelum terlambat!

Image via GIPHY

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca juga artikel berkaitan lain hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: