Masalah Kewangan & Mental Tak Dirawat Mendorong Berlaku Kes Bunuh Diri, Keganasan – MMA

Jangan pandang ringan tentang isu kesihatan mental.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) memaklumkan peningkatan kes bunuh diri dan gangguan psikologi teruk berlaku terutamanya dalam kalangan individu bekerja yang berdepan tekanan ekonomi dan sosial yang hebat

Menerusi kenyataan daripada Presiden MMA, Datuk Dr Thirunavukarasu Rajoo berkata tekanan itu adalah kesan kehilangan pekerjaan, hutang yang melampau, ketidakupayaan menyara keluarga, dan rasa hilang harapan yang mendalam.

Hasilnya, ramai yang mengalami kemurungan, keresahan, konflik keluarga dan, dalam kes paling buruk, kecenderungan bunuh diri.

"MMA mengakui usaha kerajaan untuk memperkenalkan subsidi bersasar dan memperhebat program pembasmian kemiskinan. Ini merupakan langkah penting bagi melindungi isi rumah yang terdedah kepada tekanan kos sara hidup.

"Bagaimanapun, kebimbangan kami sebagai doktor adalah apa yang berlaku apabila keluarga masih tidak dapat memenuhi keperluan paling asas walaupun dengan langkah-langkah ini apabila pendapatan tidak mencukupi untuk makanan, sewa, persekolahan anak-anak atau ubat-ubatan penting.

"Dalam situasi sebegitu, tekanan terhadap kesihatan mental dan hubungan kekeluargaan boleh menjadi sangat berat dan mungkin menyumbang kepada tindakan terdesak yang melampau," katanya.

SAYS.com

Presiden MMA, Datuk Dr Thirunavukarasu Rajoo.

Image via NST

Perkhidmatan kesihatan mental yang mudah dicapai dan bebas stigma perlu diperluaskan

Menurutnya, saringan tekanan psikologi secara rutin di klinik, saluran rujukan yang lebih singkat kepada pakar psikologi dan pakar psikiatri, serta penggunaan perkhidmatan telekaunseling yang lebih meluas dapat membantu mengesan penderitaan lebih awal dan memberikan sokongan tepat pada masanya.

Majikan juga perlu dibimbing bagi mewujudkan tempat kerja yang selamat dari aspek psikologi dengan saluran sulit untuk kaunseling dan pencegahan awal bagi pekerja yang mengalami tekanan.

"Pelaporan media yang bertanggungjawab mengenai bunuh diri dan keganasan keluarga juga sama penting bagi mengelakkan sensasionalisme serta mengurangkan risiko insiden peniruan, sambil secara konsisten mengarahkan orang awam kepada talian bantuan krisis dan perkhidmatan sokongan yang tersedia.

"MMA sedia bekerjasama dengan kerajaan, agensi kebajikan, masyarakat sivil dan pemimpin komuniti untuk menangani punca mendasar tragedi sedemikian,"
ujarnya.

Baca kenyataan penuh di bawah:

SAYS.com
Image via X
SAYS.com
Image via X

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: