“Masa Ni Paip Nak Pecah” – Ketua Rumah Bersuara, Cadang Kedai ‘Hardware’ Dibuka Ketika PKP
Macam-macam lahai netizen…
Cover image via desainrumahPerintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan ketika ini diketahui bertujuan untuk memutuskan rantaian penyakit wabak Covid-19
Image via penangkini
Dalam tempoh PKP yang dilaksanakan sejak dari 18 Mac hingga 14 April depan, pergerakan setiap individu telah dibataskan malah pelbagai sektor perniagaan juga terpaksa ditutup terlebih dahulu ketika ini.
Selain itu, ramai dalam kalangan individu juga perlu melakukan pekerjaan dari rumah sahaja. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa ketika ini masa majoriti rakyat Malaysia sememangnya banyak dihabiskan di dalam rumah.
Di Twitter, terdapat 'keluhan kecil' daripada rakyat yang mengharapkan agar kedai hardware dapat dibuka ketika tempoh PKP berlangsung
Menerusi satu tweet yang dibuat oleh seorang pengguna Twitter menggunakan nama HarisAdams23, secara berseloroh dia mengharapkan agar kerajaan boleh membenarkan kedai hardware ataupun Mr. DIY beroperasi ketika ini.
Ini kerana menurutnya, ketika inilah peluang untuknya memperbaiki keadaan rumah seperti membetulkan tombol pintu yang sudah rosak, menukar paip yang telah pecah, mengecat dinding rumah dan pelbagai lagi.

