Manchester United Bakal Beraksi Di Bukit Jalil 28 Mei Ini, Tiket Bermula Serendah RM50
Sepak mula perlawanan adalah pada jam 8.45 malam, hari Rabu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kelab gergasi England, Manchester United akan membuat penampilan di Malaysia dalam aksi post-season bagi musim 2024/25
Manchester United akan beraksi menentang ASEAN All Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur pada 28 Mei ini sebelum beraksi di Hong Kong pada 30 Mei.
Skuad yang menyertai akan melakukan perjalanan bersama Rakan Kongsi Syarikat Penerbangan Rasmi, Malaysia Airlines.
Ketua Pegawai Eksekutif di Manchester United, Omar Berrada berkata mereka berbesar hati menganjurkan perlawanan ini untuk peminat disebabkan tahap sokongan yang begitu menakjubkan diterima Manchester United.
"Yang penting, perlawanan ini mampu memacu hasil tambahan yang besar membantu menjadikan kelab lebih kukuh, membolehkan kami terus melabur dalam kejayaan di atas padang.
"Ia juga dapat mewujudkan peluang unik untuk kami bekerjasama dengan rakan komersial kami yang dihargai, dan untuk mengeratkan hubungan dengan peminat kami di rantau seperti Asia dan AS," katanya.
Image via X
Harga tiket perlawanan Manchester United vs ASEAN All-Stars bermula daripada RM50
Sepak mula perlawanan tersebut adalah pada jam 8.45 malam, hari Rabu, 28 Mei 2025 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Berikut adalah senarai harga tiket yang tersedia mengikut kategori:
- CAT 7 – RM50
- CAT 6 – RM100
- CAT 5 – RM250
- CAT 4 – RM380
- CAT 3 – RM580
- CAT 2 – RM780
- VIP – RM1,500
Bagi sesiapa yang berminat untuk menyaksikan perlawanan ini, daftar sekarang di SINI untuk mengakses pra-jualan tiket eksklusif.
Bagi peminat yang merupakan pelanggan Maybank Visa, anda boleh mengakses tiket melalui pra-jualan eksklusif di SINI bermula sekarang sehingga 11 April ini.
Lihat gambar di bawah untuk gambaran kedudukan tiket yang lebih jelas:
Image via Manchester United
Image via Manchester United
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via 