Mamaway Lancar iLatch R3 Pro, Inovasi Pam Susu Pertama Malaysia Fokus Fasa Kolostrum

Sempena sambutan Hari Ibu, Mamaway turut menawarkan pakej The Ultimate Hands-Free Duo.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Mamaway
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Memahami cabaran getir ibu baharu dalam menguruskan penyusuan awal, pakar penjagaan ibu dan bayi, Mamaway, secara rasminya melancarkan iLatch Wearable Breast Pump R3 Pro

Inovasi ini merupakan peranti pertama seumpamanya di Malaysia yang direka khusus untuk membantu pengeluaran kolostrum dengan pendekatan yang lebih lembut dan menyokong fisiologi tubuh.

Kolostrum, yang sering digelar sebagai "vaksin pertama" untuk bayi, mempunyai konsistensi yang lebih pekat dan likat berbanding susu matang. Ciri ini menjadikannya sukar untuk diperah menggunakan pam biasa, yang selalunya bergantung kepada sedutan kuat sehingga menyebabkan ketidakselesaan dan bengkak susu.

SAYS.com
Image via Mamaway

Berbeza dengan pam susu konvensional, iLatch R3 Pro menggabungkan teknologi pemanasan terkawal bersama bio-gelombang inframerah jauh (FIR). Teknologi ini berfungsi merangsang aliran dalam tisu payudara dan melembutkan susu yang likat tanpa perlu bergantung kepada tekanan sedutan yang tinggi.

Pakar perunding farmasi dan kesihatan, Fontaine Fong Mei Ling, menjelaskan bahawa fasa awal penyusuan memerlukan rangsangan yang berbeza.

"Fasa kolostrum memerlukan rangsangan yang lebih lembut, bukannya sedutan yang lebih kuat. Kolostrum sangat kaya dengan Immunoglobulin A (IgA) dan laktoferin. Dengan bantuan teknologi seperti iLatch R3 Pro, cabaran ini boleh diuruskan dengan lebih berkesan, sekaligus mengurangkan risiko saluran tersumbat,"
ujar beliau.

Keselesaan 'hands-free' untuk ibu moden dan promosi sempena hari ibu

SAYS.com
Image via Mamaway

Selain aspek teknologi, iLatch R3 Pro menawarkan kelebihan wearable (boleh pakai) yang membolehkan ibu melakukan aktiviti lain atau berehat tanpa perlu memegang peranti tersebut. Ia direka untuk digunakan pada kedua-dua payudara secara serentak, memberikan ketenangan minda kepada ibu yang masih dalam proses pemulihan selepas bersalin.

Sempena sambutan Hari Ibu, Mamaway turut menawarkan pakej The Ultimate Hands-Free Duo. Pakej ini merangkumi:

  • Unit pam susu iLatch R3 Pro
  • Tiga helai pakaian dalam (bra) tanpa jahitan eksklusif Mamaway
  • Harga promosi: RM1,559

Untuk maklumat lanjut mengenai inovasi ini, para ibu boleh melayari laman web rasmi di my.mamaway.com atau ikuti perkembangan terkini di Facebook dan Instagram Mamaway Malaysia.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik