Malaysia Tersenarai Antara Negara Paling Ramai Penduduknya Yang Malas Untuk Berjalan Kaki

Malaysia berada di kedudukan ketiga manakala kedudukan pertama diduduki negara jiran, Indonesia.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Amir Khalid
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Satu kajian yang dijalankan oleh Universiti Stanford mendedahkan Malaysia tersenarai antara negara paling malas di dunia untuk berjalan kaki

Menerusi sebuah hantaran Seasia Stats di Facebook, Indonesia di kedudukan pertama sebagai negara paling kurang aktif berjalan kaku dengan purata hanya 3,531 langkah sehari.

Arab Saudi pula di tempat kedua dengan 3,807 langkah manakala Malaysia di tempat ketiga dengan 3,963 langkah setiap hari.

Tahap aktiviti berjalan kaki yang rendah ini menunjukkan kebimbangan yang semakin meningkat tentang gaya hidup tidak aktif di kawasan bandar.

Antara faktor dilihat menyumbang adalah kemudahan dan teknologi yang mengurangkan pergerakan fizikal dalam rutin harian secara drastik.

SAYS.com
Image via Seasia Stats

Di Asia Tenggara, bandar-bandar seperti Jakarta, Kuala Lumpur dan Manila menyaksikan peningkatan kebergantungan terhadap kenderaan persendirian dan perkhidmatan pengangkutan yang membawa kepada pengurangan tabiat berjalan kaki

Kesesakan lalu lintas, infrastruktur pejalan kaki yang terhad dan cuaca tropika yang panas juga menjadi faktor penghalang orang ramai untuk berjalan kaki.

Hasilnya, kawasan di mana pembandaran yang pesat secara tidak sengaja telah menyumbang kepada penurunan tahap kesihatan dan kecergasan awam.

Walaupun begitu, trend ini telah membuka peluang untuk perubahan di mana perancang bandar di seluruh Asia Tenggara kini mempromosikan inisiatif bandar yang mesra pejalan kaki dan membangunkan ruang awam yang menggalakkan pergerakan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: