"Malaysia Tak Ada Duit" – Pengulas Politik US Perlekeh Lawatan Presiden China Ke ASEAN

Kenyataan itu diberi susulan lawatan Presiden China ke negara-negara ASEAN termasuk Malaysia.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pengulas politik dari Amerika Syarikat (AS) tular selepas videonya menyebut lawatan Presiden China ke Malaysia adalah dilihat seperti sia-sia

Wartawan tersebut, Bill O'Reilly dalam rancangannya juga telah menyebut negara Vietnam dan Kemboja yang turut menjadi destinasi lawatan Presiden China.

Bill dilihat angkuh merendahkan negara-negara yang dilawat oleh Presiden China apabila mengatakan negera-negara berkenaan termasuk Malaysia tiada duit.

"Hei presiden, biar saya kongsikan dengan anda. Mereka ini bukannya orang berduit. Mereka tidak mampu untuk membantu atau membeli barangan awak.

"Saya tak tahu mengapa anda pergi ke negara ini. Mungkin anda nak bawa masuk barangan China dengan menggunakan nama Vietnam tetapi perkara itu mudah untuk diketahui.

"Jadi saya tak faham apa niat anda. Kalau China kehilangan pasaran Amerika, anda akan berada dalam keadaan sukar. Ini kerana kami yang ada duit. Kami yang akan beli barangan anda," katanya.

Terima kecaman hebat daripada warganet

Video tersebut telah menimbulkan banyak kecaman dari netizen selepas ia tular di platform X.

Kebanyakan daripada komen yang hadir mengecam kenyataan yang dikeluarkan pengulas politik terbabit, tidak kurang juga yang berkongsi reputasi buruk tentang Bill di AS.

Untuk rekod, Bill O'Reilly ialah pengulas politik konservatif terkenal dari AS, dikenali menerusi rancangan "The O'Reilly Factor" di Fox News. Gaya tegas dan lantangnya menjadikannya terkenal dalam kalangan penyokong sayap kanan politik di sana.

Dia juga merupakan penulis siri buku Killing yang popular seperti 'Killing Lincoln', 'Killing Kennedy', dan 'Killing Jesus'. Namun, kerjayanya berakhir pada 2017 selepas terpalit dalam tuduhan gangguan seksual.

Image via X

Image via X

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: