Malaysia Raih Emas Berpasukan Sepak Takraw Di Sukan SEA 2025 – “Penantian 34 Tahun Kini Berakhir”

Kali terakhir Malaysia rangkul emas adalah pada 1991 Sukan SEA Manila, Filipina.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro & MSN (Facebook)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Malaysia akhirnya berjaya menamatkan kemarau 34 tahun emas acara regu berpasukan lelaki sepak takraw di Sukan SEA

Menerusi laporan Harian Metro, dalam aksi penentuan pingat emas semalam di Nakhon Pathom semalam, Malaysia berjaya menundukkan pasukan tuan rumah sendiri, Thailand.

Skuad negara bermula dengan cabaran apabila regu pertama negara, Haziq Hairul Nizam, Muhammad Noraizat Nordin dan Amirul Zazwan Amir tewas tipis kepada trio Thailand, Pornthep Thinbangbon, Phutawan Sopa dan Marukin Phanmakon dalam saingan tiga set 9-15, 15-11 dan 13-15.

Namun Malaysia kembali bangkit dengan regu kedua yang dibarisi Syahir Rosdi, Azlan Alias dan Farhan Adam, menewaskan Siriwat Sakha, Thawisak Thongsai dan Rachan Viphan 17-14, 15-13, menyamakan kedudukan 1-1.

Regu ketiga, Zulkifli Razak, Afifudin Razali dan Aidil Aiman Azwawi, memastikan kemenangan Malaysia selepas menewaskan Kritnasanapong Nontakote, Varayut Jantarasena dan Wuttinun Kamsanor 15-13, 15-11 sekali gus bawa pulang pingat emas.

SAYS.com
Image via MSN (Facebook)

Beraksi di hadapan ribuan penyokong tuan rumah

Kemenangan 2-1 itu menamatkan penantian Malaysia dalam acara regu berpasukan lelaki Sukan SEA di samping mengukuhkan lagi dominasi negara dalam sukan sepak takraw.

Sorakan ribuan penyokong Thailand di venue tidak mematahkan semangat pemain Malaysia yang mempamerkan aksi mantap dan mengawal permainan hingga mata kemenangan.

Kejayaan skuad negara di bawah bimbingan jurulatih Ahmad Jais Baharun ini menjadi bukti Malaysia kekal antara kuasa besar sepak takraw Asia Tenggara.

Kali terakhir Malaysia merangkul emas dalam acara itu adalah pada edisi Manila 1991 di Filipina dan kejayaan itu dilakar ketika Ahmad Jais masih berada dalam pasukan beraksi selaku tekong.

SAYS.com
Image via PSM (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: