Malaysia Pecah Rekod, 20,000 Tiket Jelajah Hot Wheels Monster Trucks Live Terjual Dalam Masa 24 Jam!

Jangan lepaskan peluang ini, beli tiket sekarang juga!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Hot Wheels Monster Trucks Live
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Buat julung-julung kalinya, pertunjukan Siaran Langsung Hot Wheels Monster Trucks terbesar di dunia akan berlangsung di Asia, di mana Malaysia menjadi hentian pertamanya!

Hot Wheels Monster Trucks Live™: Glow-N-Fire akan memulakan debut jelajah Asianya di Malaysia pada 16 hingga 18 Oktober 2026 di Unifi Arena Bukit Jalil, dengan empat pertunjukan diadakan selama tiga hari.

Kehangatan pertunjukan ini kian terasa apabila jualan tiket yang telah dibuka pada jam 8 pagi, 16 April, telah berjaya terjual sebanyak 20,000 dalam tempoh satu hari sahaja!

Sebelum ini, dalam masa hanya dua jam sahaja selepas penjualan tiket dibuka, 13,000 tiket telah habis dijual dengan pantas.

Dengan 80% tempat duduk dalam tiga sesi pertunjukan pertama telah terjual, pihak penganjur telah menambah sesi pertunjukan keempat untuk memenuhi permintaan dan memberi lebih ramai peminat peluang menyaksikannya secara langsung.

SAYS.com
Image via Hot Wheels Monster Trucks Live
SAYS.com
Image via Hot Wheels Monster Trucks Live

Pertunjukan ini akan 'menghidupkan' Hot Wheels Monster Trucks kegemaran para peminat, termasuk Mega Wrex™, Tiger Shark™, Gunkster™, Bone Shaker™, Bigfoot®, Skelesaurus™ dan memperkenalkan trak baru di jelajah ini, Rhinomite, sebuah trak inspirasi badak dinamit.

Pengalaman mengujakan baharu ini akan menampilkan aksi-aksi belum pernah dipertontonkan oleh Hot Wheels Monster Trucks, termasuk aksi baharu No-Handed Front Flip dipersembahkan oleh penunggang FMX!

SAYS.com
Image via Hot Wheels Monster Trucks Live
SAYS.com
Image via Hot Wheels Monster Trucks Live
SAYS.com
Image via Hot Wheels Monster Trucks Live

Pertunjukan yang memenangi anugerah Pollstar Family Show of the Year

Sejajar dengan kejayaan Glow-N-Fire pada 2025 yang memenangi anugerah Pollstar Family Show of the Year, Hot Wheels Monster Trucks Live™ dijangka akan meneruskan momentum tersebut untuk tahun 2026.

Ia akan diteruskan dengan siri pertunjukan merentasi Amerika Utara, Eropah, Amerika Latin dan terkini di Asia, di mana Malaysia dipilih menjadi lokasi pembuka tirai!

Sejak pertunjukan sulung di Edinburg, Texas, pada tahun 2019, ia telah menjelajah ke 28 buah negara berbeza di seluruh dunia dan akan mencecah lebih 30 buah negara lagi menjelang 2027, sekali gus membina pangkalan peminat di peringkat global.

Sambutan jualan yang hangat di Malaysia merekodkan jualan tiket untuk satu hari tertinggi dalam sejarah lapan tahun pertunjukan ini.

SAYS.com
Image via Hot Wheels Monster Trucks Live

Peminat berpeluang melihat lebih dekat trak-trak persembahan sebelum pertunjukan dengan Akses Pra-pertunjukan VIP

Pengalaman unik ini memberikan pengalaman kepada para peminat dengan akses ke aras arena, membolehkan anda mendapat kelebihan seperti:

  • Melihat dengan lebih dekat rekaan-rekaan luar biasa dan saiz epik Hot Wheels Monster Trucks
  • Berpeluang berjumpa pemandu dan bintang pertunjukan kegemaran
  • Dapatkan autograf dan barangan eksklusif

Ia akan berlangsung 2 jam 30 minit sebelum setiap pertunjukan bermula dan setiap tiket Akses Pra-pertunjukan VIP turut disertakan sekali bersama kad autograf.

SAYS.com
Image via Hot Wheels Monster Trucks Live
SAYS.com
Image via Hot Wheels Monster Trucks Live
SAYS.com
Image via Hot Wheels Monster Trucks Live

Jadual pertunjukan adalah seperti berikut:

  • Jumaat, 16 Oktober, 8:00PM (Akses Pra-pertunjukan VIP, 5.30PM-7.00PM)
  • Sabtu, 17 Oktober, 1:00PM (Akses Pra-pertunjukan VIP, 10.30AM-12.00PM)
  • Sabtu, 17 Oktober, 8:00PM (Akses Pra-pertunjukan VIP, 5.30PM-7:00PM)
  • Ahad, 18 Oktober, 1:00PM (Sesi pertunjukan baharu ditambah atas permintaan tinggi)

SAYS.com
Image via Hot Wheels Monster Trucks Live

Tiket boleh didapatkan di Tri-Tix, bermula dari RM118, dengan harga istimewa untuk kanak-kanak dari RM89

Semua tempat duduk adalah bernombor jadi anda akan tahu di mana kedudukan tempat duduk sebelum masuk ke dalam arena.

Beli tiket anda di roadshow Hot Wheels Monster Trucks di Pavilion Bukit Jalil (Centre Court, Aras 2) bagi mendapatkan ganjaran eksklusif seperti iaitu diskaun tiket 10% untuk satu minggu sahaja lagi!

Anda boleh layari HotWheelsMonsterTrucksLive.com untuk maklumat lanjut.

SAYS.com
Image via Hot Wheels Monster Trucks Live

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik