Malaysia Miliki Internet 5G Terpantas Di Asia Tenggara & Antara Kadar Termurah Di Dunia – Fahmi Fadzil
Malaysia berada di kedudukan kedua sebagai rangkaian 5G terpantas di rantau Asia Pasifik, hanya di belakang Korea Selatan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan Malaysia berada dalam antara 10 negara teratas dengan kadar Internet termurah di dunia
Menerusi laporan Bernama, Fahmi berkata kadar internet Malaysia adalah antara yang terendah di dunia, iaitu hanya 2 sen setiap GB.
"Kita adalah antara 10 negara yang kadar internetnya bagi setiap gigabait berharga sekitar 2 sen," katanya.
Beliau menyifatkan pencapaian itu sebagai hasil usaha berterusan kerajaan untuk menyediakan akses digital yang berpatutan dan inklusif di seluruh negara.
Fahmi turut menekankan pelancaran 5G Malaysia yang sangat pesat, telah menjadikan rangkaian 5G negara itu terpantas di Asia Tenggara dan kedua terpantas di rantau Asia Pasifik, hanya di belakang Korea Selatan.
"Sebelum ini, saya rasa kita jarang sekali menyaksikan situasi di mana syarikat-syarikat telekomunikasi duduk bersama dan mencapai satu bentuk konsensus," katanya.

Fahmi kini sedang mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan Pembangunan Telekomunikasi Dunia 2025 di Baku, Azerbaijan, dari 16 hingga 19 November
Menurutnya, penyertaan beliau pada persidangan itu adalah sebahagian daripada usaha untuk mengekalkan kerusi Malaysia dalam Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) bagi penggal 2027-2030 susulan pengumuman pencalonan semula negara ke majlis tersebut pada Julai lepas.
Beliau turut memaklumkan diaspora Malaysia mengenai kejayaan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan pada Oktober lepas, serta menegaskan bahawa ia telah menonjolkan kekuatan diplomatik negara.
"Saya rasa kita telah berjaya mengubah persepsi masyarakat bukan sahaja terhadap Malaysia tetapi juga ASEAN. Sebagai sebuah rantau yang mempunyai 660 juta penduduk, ASEAN adalah satu setengah kali lebih besar daripada Kesatuan Eropah.
"Kita juga mempunyai masa depan yang cerah sekiranya kita kekal bersatu, membina komuniti ASEAN serta memastikan keamanan dan kestabilan dalam rantau ini," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 